BERANIKAH KIT SIANG MINTA DR M TARIK BALIK GELARAN RASIS KEATASNYA?

Selama 22 tahun Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri, beliau telah menggelar Lim Kit Siang sebagai rasis dan anti-Melayu. Bukan sahaja Tun Mahathir, Kit Siang turut memanggil beliau sebagai `rasis nombor 1′.
Kini mereka telah duduk semeja dan berada di dalam satu pakatan namun apa apa jadi dengan gelaran rasis itu?
Tidakkah Kit Siang mahu supaya gelaran itu ditarik balik oleh Tun Mahathir, apatah lagi dalam semangat berkawan, tentu beliau tidak mahu digelar rasis?
Jika tiada pengakuan daripada Tun Mahathir bahawa beliau telah menarik gelaran rasis, ia menunjukkan beliau masih bersetuju dengan panggilan rasis untuk Kit Siang.
Suatu masa lalu juga Kit Siang merupakan musuh nombor satu bagi Tun Mahathir, dan berdasarkan kepada sejarah serta latar belakang hubungan kedua-duanya yang dipenuhi dengan permusuhan, maka tidak mengejutkan sekiranya hubungan baik kedua-duanya tidak akan kekal lama.
Apatah lagi Tun Mahathir adalah jaguh pusingan u maka tidak menghairankan sekiranya selepas ini beliau berpaling daripada Kit Siang.
Walaupun dalam politik segalanya berkemungkinan tetapi titik hitam dalam sejarah hubungan mereka tidak dapat diputihkan dan dijernihkan. Dengan usia kedua-duanya yang semakin dimamah usia, sudah pasti Tun Mahathir dan Kit Siang tidak akan mampu melupakan sejarah mereka dulu.
Pasti akan tercetus perasaan curiga siapa yang mengguna dan siapa pula yang dipergunakan. Pertanyaan itu sudah pasti akan bermain di kepala mereka. Adakah Kit Siang dapat melupakan bagaimana beliau dipenjarakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ketika pentadbiran Tun Mahathir?
Dan bukan semua ahli DAP boleh menerima Tun Mahathir, dengan pemberontak dalaman telah berlaku bermula dengan tindakan empat wakil rakyat DAP di Melaka bertindak keluar parti, diikuti dengan 182 ahli di negeri itu yang mengikut jejak mereka atas alasan sudah hilang keyakinan kepada pemimpin DAP.
Bukan itu sahaja, pada bulan ini juga kes rasuah melibatkan Lim Guan Eng akan dibicarakan di mahkamah dan ia bakal menjadi tumpuan utama.
Persoalannya, dalam kerjasama Tun Mahathir dan Pakatan Harapan, siapa sebenarnya yang mendapat untung? -Suara
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment