BENARKAH PAS KUAT KERANA PKR?....SILAP PKR DAPAT SOKONGAN DARIPADA AHLI PAS JER

Jangan mimpilah kalau orang kata PKR kuat....yang ahli PKR ramai.Sebenarnya yang banyak membantu kemenangan YB PKR adalah ahli PAS yang beri undi kepada PKR ajer.

PAS hanya kuat dan meraih banyak undi selepas menyokong reformasi yang dicetuskan PKR, dakwa presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Beliau ketika diminta mengulas usul demi usul untuk memutuskan hubungan dengan PKR yang diluluskan PAS peringkat kawasan berkata pemimpin akar umbi parti itu harus kembali melihat sejarah 1990-an.
“Sejak tahun 1999 saya melihat sikap PAS di bawah Allahyarham Fadzil Noor dan (beliau) mendapat sokongan apabila beliau menyokong reformasi dan pembangkang.
“Pada waktu itu PAS menyokong kami semua dan mendapat (keputusan) paling tinggi dalam pilihan raya dan (beliau) dapat menjadi ketua pembangkang,” ujarnya ketika ditemui pemberita di Dewan Rakyat, petang tadi.
Pemuda PAS Kuala Selangor hari ini tampil sebagai kawasan terbaru meluluskan usul memutuskan hubungan dengan PKR.
Sebelum itu, tiga PAS kawasan sudah meluluskan usul memutuskan hubungan dengan PKR iaitu Pemuda PAS Tumpat, PAS Permatang Pauh dan PAS Bayan Baru.
Sementara itu Wan Azizah ketika ditemui enggan mengulas ‘tweet’ Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang menyindir Ketua Pemuda PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz baru-baru ini.
“Beliau (Azmin) sudah jawab. Tak payah (saya) jawab,” ujarnya ringkas.
Azmin pada beberapa hari lalu menyindir Nik Abduh sebagai ‘tok lebai’ yang bercita-cita tinggi mahu menawan Selangor, sedangkan beliau kalah dalam pemilihan parti di kawasannya.
Nik Abduh kalah teruk pada pemilihan PAS peringkat kawasan di Pengkalan Chepa apabila hanya mendapat 37 undi berbanding lawannya Ahli Parlimen Pengkalan Chepa Dr Izani Husin (207 undi).
Azmin menyindir Nik Abduh selepas Ahli Parlimen Pasir Mas itu menulis di laman Facebooknya bahawa persetujuan untuk PKR menerajui Selangor tidak akan sentiasa kekal seperti sebelum ini.
Nik Abduh berkata demikian sebagai mengulas hasrat Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk mensasarkan kemenangan di lima negeri termasuk Selangor, pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana