Azmin sukar pertahankan jawatan MB Selangor...Habis lah...Kata Orang INI KALI LAH

Dengan atau tanpa PAS... Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilihat berdepan kesukaran untuk mempertahankan jawatan tersebut sekalipun Pakatan Harapan masih memerintah negeri itu selepas pilihanraya umum akan datang.
Menurut hasil kajian yang dijalankan Zaaba Institute for Leadership (ZIL) pengundi Melayu khususnya cenderung untuk memilih PAS manakala hanya 5.6 peratus sahaja yang masih yakin dengan DAP, PKR bersama parti baharunya iaitu Parti Amanah Negara (PAN).
“Hasil soal selidik, apabila ditanya jika esok adalah pilihan raya, parti manakah yang anda akan undi, sebanyak 24.4 peratus responden berkata akan mengundi PAS, 9.3 peratus akan mengundi UMNO, 5.4 peratus akan mengundi PPBM dan hanya 5.6 peratus akan mengundi pakatan harapan. Manakala bakinya “masih atas pagar”.
“5.6 peratus adalah undi kepada pakatan harapan, yakni bercampur antara DAP, PKR dan PAN. Jika diasingkan PKR sahaja, mungkin peratus itu akan semakin berkurangan. Kami asingkan antara pakatan harapan dan PPBM kerana senario pada waktu itu mereka belum bergabung,” kata  Pegawai Eksekutif ZIL, Dr Ali Boerhanudin.
Kajian tersebut terdahulu dijalankan kepada 3,000 pengundi di lima kawasan iaitu  Gombak, Shah Alam, Selayang, Ampang dan Hulu Langat bermula Oktober sehingga Disember 2016.
Menurut kajian itu lagi, pengundi di kawasan Parlimen Gombak yang kini dimiliki Azmin juga kini cenderung tidak memilihnya kerana majoriti mereka mengutamakan isu agama.
“Antara 16 isu yang ditanya pada pengundi, yang manakah paling perlu diberikan perhatian oleh parti yang memerintah, isu ‘memartabatkan Islam dan memelihara kesuciannya’ menduduki tangga ke-3 selepas ‘turunkan kos sara hidup’ dan ‘basmi rasuah dengan berkesan’.
“Ini menunjukkan agama masih menjadi soal utama pada pengundi Melayu dan parti-parti yang bertanding harus memberi perhatian yang serius ke arah itu,” jelasnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana