APAKAH SEBENARNYA EKSPRESI NEGARAKU YANG DILANCARKAN PM?

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan program Ekspresi Negaraku di Dataran Putrajaya di sini bertujuan untuk menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat di negara ini.
Menurut Najib, program itu adalah untuk menyuarakan perasaan dan ekspresi rakyat Malaysia yang cintakan negara.
“Perasaan patriotisme merupakan asas dan ciri utama kepada soal jati diri yang kental yang perlu kita pupuk jika kita mahukan sebuah negara yang aman, harmoni dan bersatu padu,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran program Ekspresi Negaraku di Dataran Putrajaya di sini semalam.
Turut serta isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak dan menteri-menteri Kabinet.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment