APA SUDAH JADI? MOHD AMAR KATA LAIN, TUAN IBRAHIM CAKAP LAIN

Dua hari selepas naib presiden PAS membuat kenyataan berhubung hubungan parti itu dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), hari ini seorang pemimpin yang lebih tinggi memberi pencerahan.
Menurut Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, pandangan diberikan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pada 15 lalu bukanlah pendirian rasmi parti, sebaliknya bersifat peribadi.
Kata Tuan Ibrahim, setakat ini PAS belum membuat keputusan rasmi berhubung kerjasama parti itu dengan BERSATU.
“PAS akan mengadakan mesyuarat parti yang bakal diadakan pada April depan sebelum muktamar bermula,” katanya.
Beliau yang dipilih ahli PAS sebagai timbalan presiden parti itu berkata, sebarang keputusan sama ada mereka menyertai HARAPAN atau mengadakan persefahaman politik akan diputuskan dalam mesyuarat tersebut.
Pada masa sama, Tuan Ibrahim berkata, PAS akan memerhatian bagaimana BERSATU mengendalikan beberapa isu, termasuk pendirian parti serpihan Umno itu ke atas Kelantan.
“Kalau dia (BERSATU) mengambil keputusan menyerang Kelantan, kita akan bertindak,” katanya.
Dah buat keputusan
Rabu lalu, Mohd Amar berkata, PAS menganggap mereka tidak lagi mempunyai hubungan dengan BERSATU ekoran keputusan parti berkenaan menyertai HARAPAN.
Beliau yang juga timbalan menteri besar Kelantan berkata, PAS juga tidak lagi berminat berada sepentas dengan BERSATU.
“Ini kerana PAS sejak awal lagi memaklumkan tidak akan sertai Pakatan Harapan,” katanya.
HARAPAN buat masa ini dianggotai PKR, Parti Amanah Negara (AMANAH) dan DAP.
BERSATU pernah memberi tempoh sebulan kepada PAS untuk membuat keputusan menyertai HARAPAN atau tidak, pada 11 Februari lalu.
Bagaimanapun sehari kemudian, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata partinya tidak memerlukan tempoh sebulan untuk membuat pendirian.
“Tak perlu tunggu sebulan dengan BERSATU. Kita sudah ada dasar. Dasar (kita) tidak kerjasama dengan parti yang ada hubungan dengan DAP dan AMANAH.
“Kita sudah buat keputusan, semua parti ada hubungan dengan DAP dan AMANAH, kita tak ada hubungan dengan mereka.
“Apabila dia dah ada hubungan dengan DAP dan AMANAH, habislah,” katanya.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment