Amanah tetap teruskan seminar tok guru...Inilah Dikatakan Biadap Dan Tak Menghormati

Parti Amanah akan meneruskan Seminar Pemikiran Tok Guru Nik Abdul Aziz walaupun menerima bantahan daripada pihak lain.
 
Presidennya, Mohamad Sabu berkata pihaknya tetap akan menganjurkan seminar berkenaan kerana itu bukanlah satu kesalahan.
 
Katanya, walaupun menerima bantahan daripada keluarga arwah Tok Guru Nik Abdul Aziz, namun mereka akan meneruskan seminar tersebut seperti yang dirancang.
 
"Kita akan teruskan juga (seminar Pemikiran Tok Guru), siapa pun bantah kita tak layan.
 
"Itu adalah seminar biasa dan Tok Guru itu adalah milik semua.
 
"Walaupun keluarga membuat laporan polis meminta supaya program itu dibatalkan, kita tetap akan teruskan juga," katanya.
 
Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai tindakan keluarga Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz yang membuat laporan polis semalam mendesak agar penganjur membatalkan program tersebut yang akan berlangsung pada 9 April di Kuala Lumpur.
 
Mohamad ditemui selepas menghadiri Konvensyen Pakatan Harapan Negeri Sembilan di Dewan City Kingdom dekat sini tadi.
 
Kelmarin, anak kelima Allahyarham, Nik Adli mewakili ibunya, Datin Sabariah Tun Ishak mendesak supaya penganjur membatalkan seminar tersebut yang dianggap sebagai satu penghinaan dan memberi imej tidak baik kepada arwah ayahnya serta keluarga.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana