ALHAMDULILAH!!!! PM SENDIRI AKAN BENTANG USUL RUU 355, KATA AHMAD ZAHID

Kerajaan buat pertama kalinya akan membentang usul Rang Undang-Undang 355 (RUU 355) dalam sidang Parlimen kali ini.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan membentangkan usul berkenaan dalam sidang yang sedang berlangsung ketika ini.
Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis perasmian berkelompok Persidangan UMNO Cawangan Peringkat Negeri Terengganu dan Penyampaian Hadiah Pertandingan Pusat Daerah Mengundi (PDM) Peringkat Negeri Terengganu di Stadium Negeri, di sini, semalam.
Sidang untuk penggal kelima Parlimen ke-13 yang berlangsung sejak 6 Mac lalu dan dijadualkan hingga 6 April ini.
RUU Persendirian Pindaan Akta 355; Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan 2016) dibentangkan pertama kali oleh Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Mei tahun lalu.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment