Ahli Akar Umbi Tuduh Pemimpin PPBM Menganggap Parti Yang Baru Ditubuhkan Itu Milik Persendirian

Bila pemimpin PPBM mula sudah menganggap parti yang dicipta mereka adalah hak eksklusif untuk dikuasai dan untuk dijadikan hak milik persendirian, maka ahli yang sedia ada pun mula memberontak dan tidak puashati.

Mereka tidak mahu dikongkong oleh tangan-tangan ajaib. Apa yang mereka mahukan adalah amalan demokrasi yang tulus ikhlas. Selain itu demokrasi yang dilaksanakan hendaklah sampai dan dekat dihati rakyat.

Rasanya transformasi yang dilakukan PM Najib lebih mesra rakyat dan menepati cita rasa mereka.

Tapi bila mereka masuk dan menjadi ahli PPBM, suasana itu tidak wujud. Mereka dapat menyaksikan amalan cantas mencantas, iri hati, dengki, tamak haloba, gilakan jawatan dan sebagainya membuatkan mereka lemas.

Bila mereka menilai kembali beradaan mereka di dalam parti yang kelam kabut itu, mereka akhirnya memutuskan untuk keluar parti. Tindakan tersebut adalah lebih baik dari terus menanti kerana PRU14 sudah dekat dan mereka perlu memilih pemimpin dari kalangan ADUN dan Ahli Parlimen yang benar-benar berdedikasi untuk membela rakyat setempat.

Bukan keluar parti bukan kerana dipaksa atau dibeli, tetapi mereka keluar PPBM dengan perasaan kecewa dan sakit hati melihat perangai dan sikap orang yang fanatik dengan Tun M dan keluarganya sebenarnya mereka adalah manusia yang paling keji dalam berpolitik.

Semoga peristiwa ini menjadi pengajaran kepada mereka yang tidak pernah bersyukur dengan apa yang telah dilimpahkan kepada mereka selama ini. Kerajaan tidak pernah mengabaikan rakyatnya. Sedangkan rakyat luar dibantu, inikan pula rakyat Malaysia sendiri.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment