6,000 hilang pekerjaan berikutan kilang tutup di Pulau Pinang...Sokong Lah Lagi DAP

Kira-kira 6,000 pekerja kilang di Pulau Pinang dibuang kerja berikutan syarikat-syarikat yang menutup kilang mereka di negeri ini, demikian dakwa Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.
Ahli Parlimen Balik Pulau itu berkata, rakyat lebih terbeban apabila banyak kilang di negeri itu terpaksa ditutup disebabkan sikap pentadbiran kerajaan DAP yang tidak adil dalam memberi bantuan kepada rakyat.

"Ini yang sedang berlaku di Pulau Pinang sebab itulah masyarakat Cina sendiri tak puas hati dengan prestasi kerajaan sekarang di bawah DAP," katanya.

"Ramai yang tolak DAP kerana mereka menganggap DAP tidak langsung membantu mereka, sebaliknya hanya bantu mereka yang dah kaya seperti pemaju perumahan, rakyat biasa mereka tak bantu.

"Memang sudah ada banyak perubahan dalam masyarakat Cina, mereka sudah mula tidak yakin dengan kerajaan DAP di Pulau Pinang," katanya selepas melancarkan Program Kolaborasi Kesihatan Pergigian dan Badan-Badan Agama di Masjid Negara di sini, Jumaat.
Sebelum ini, ketua MCA Pulau Pinang, Datuk Tan Teik Cheng dilaporkan sebagai berkata, masyarakat Cina di Pulau Pinang diabaikan oleh DAP sejak ia memegang kuasa di negeri ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana