WAN AZIZAH DIARAH BAYAR GANTI RUGI RM70,000 KEPADA FELDA

Felda dan anak syarikatnya, Felda Global Ventures Holdings (FGVH) Sdn. Bhd. beroleh ganti rugi RM70,000 setelah memenangi kes saman mereka terhadap Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan dua lagi berhubung penerbitan dua artikel berbaur fitnah dalam akhbar mingguan, Suara Keadilan, kira-kira tujuh tahun lalu.
Pernyataan fitnah itu terkandung dalam artikel pertama bertajuk ‘Felda Bankrap’ yang diterbitkan pada 22 Jun 2010 dan artikel kedua berserta gambar bertajuk ‘Kontroversi’ dan ‘Bina Bangunan RM662 juta Hanya Libatkan Tiga Individu’ bertarikh 29 Jun 2010 yang diterbit dan diedarkan oleh akhbar itu.
Jumlah ganti rugi tersebut ditaksirkan oleh Timbalan Pendaftar, Norfauzani Mohd. Nordin di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.
Ia merangkumi ganti rugi am, ganti rugi teladan dan ganti rugi teruk.
Pada 17 Oktober 2014, Hakim Datuk Kamaludin Md. Said dalam keputusannya menyatakan, mahkamah terikat dengan keputusan Mahkamah Rayuan bahawa Felda sebagai sebuah badan berkanun mempunyai hak untuk memulakan prosiding undang-undang. – UTUSAN ONLINE

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana