Syabasss Buat PAS!!!! Pesanan untuk Mahathir... PAS tak teringin!!!

Kasihan melihat kelaku Tun Mahathir Mohamad akhir-akhir ini... turun naik mahkamah untuk 'deal' dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai PAS.

Apa yang Mahathir lupa adalah lanskap politik sudah berubah, zaman Anwar sudah berlalu.
PAS tidak akan menyertai pakatan pembangkang walaupun diberi tempoh masa tertentu, kerana gabungan terbabit turut disertai DAP dan PAN.

Naib Presiden, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, ketika menegaskan perkara itu berkata, keputusan PAS sebelum ini sudah jelas iaitu tidak sesekali bersama pakatan pembangkang.

"Tidak perlu beri tempoh sebulan atau seminggu kepada PAS kerana kita tidak pernah berhasrat untuk menyertai pakatan pembangkang yang turut dianggotai DAP dan Amanah.

"Saya nak tanya Dr Mahathir, sebelum dan selepas menjadi Perdana Menteri, dia (Dr Mahathir) sering perlekeh PAS, namun kita pelik kerana beliau begitu berminat dan meminta PAS menyertai pembangkang.

"Kerjasama dengan pembangkang mungkin tidak berlaku, melainkan kita syorkan PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) keluar dari pakatan pembangkang," katanya.

Sementara itu, seorang lagi Naib Presiden PAS Idris Ahmad meminta Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad supaya tidak mendesak parti itu dalam isu penyertaan dalam Pakatan Harapan.
Beliau berkata adalah tidak wajar untuk bekas perdana menteri itu memberi kata 2 kepada PAS untuk menyatakan keputusan dalam tempoh sebulan.
Menurutnya proses membuat keputusan berhubung perkara tersebut merupakan sesuatu yang besar dan memerlukan tempoh yang panjang untuk dibincangkan.
“Mahathir hendaklah hormat dengan PAS dan jangan buat PAS seperti budak-budak, tindakannya memberi amaran merupakan sikap tidak baik.
“Kami dah lama jadi pembangkang 22 tahun (dari) zaman beliau (Mahathir) menjadi perdana menteri,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Idris berkata lebih 100,000 anggota PAS dijangka menyertai himpunan bagi memberi penjelasan mengenai Rang Undang -Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan 2016) 1965 atau Akta 355 di Padang Merbok, Kuala Lumpur pada 18 Feb ini.
“Himpunan itu sebagai tanda sokongan masyarakat Islam terhadap pindaan akta itu bagi memperkasa Mahkamah Syariah,” katanya.
Akhbar semalam melaporkan, PAS diberi tempoh sebulan untuk membuat keputusan berhubung penyertaan parti itu dalam pakatan pembangkang.

Mahathir berkata tempoh itu dianggap memadai dan jika tiada keputusan dicapai, pakatan pembangkang sedia melepaskan PAS daripada menganggotai gabungan itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana