SIAPA KAH HAMIDAH NI!!!! LOWYAR,DOKTOR!!!! HAMIDAH MERAYU AGAR PAS TAK LETAK SYARAT RUNDINGAN

PAS tidak sepatutnya meletakkan sebarang syarat selagi rundingan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) belum mencapai kata putus.

Menurut naib presidennya Datuk Hamidah Osman, parti pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu perlu mengambil sikap ‘berjiwa besar’ apabila menyentuh tentang soal hubungan sesama pembangkang.

“Sekarang ni semua baru peringkat rundingan, dalam hal ni kita mesti berjiwa besar. PAS kena lihat (kerjasama) ni dalam perspektif lebih besar, hari ni kita sepatutnya parti-parti menentang BN ni kita harus bersatu kerana kita nak selamatkan Malaysia,” katanya ketika dihubungi Antarapos.

Terdahulu PAS melalui timbalan presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, meletakkan syarat kepada PPBM supaya tidak melibatkan DAP dan Amanah dalam program bersama dengan parti itu.

Katanya lagi, PAS terpaksa memutuskan hubungan dengan DAP kerana parti itu menolak dasar Islam yang diperjuangkan selama ini.

Justeru, PAS tidak lagi boleh berkompromi dengan parti majoriti Cina itu.

Tambah Hamidah lagi, sekiranya PAS berterusan mengeluarkan kenyataan sedemikian, ia dibimbangi akan menjejas dan mengganggu proses tersebut.

“Tak payah buat komen-komen yang akan membuatkan interpretasi yang berbeza-beza.

“Sepatutnya benda ni dibincangkan secara rundingan dan bukannya terbuka. Jangan kita buat kenyataan terbuka yang akan mendatangkan interpretasi yang berbeza-beza,” ujar beliau lagi.

PAS dan PPBM sebelum ini mencuri tumpuan banyak pihak selepas kedua-dua parti itu duduk semeja dan mengadakan rundingan bersabit kerjasama menuju Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

PAS dijangka mengadakan mesyuarat pada 17 Februari ini bagi membincangkan kedudukan kerjasama rundingan berkenaan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana