PEMUDA PAS PESAN TUN M, HATI-HATI DAP BOLEH ‘MENYERUPAI’ APA SAJA

Walaupun Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad anggap DAP bukan ‘hantu’, namun perlu diingatkan parti itu boleh ‘menyerupa’ apa sahaja mengikut kehendak politik mereka.

Exco Pemuda Pas Pusat, Nor Azariza Mohd Alawi berkata, bekas perdana menteri itu mungkin sudah terlalu taksub untuk berkuasa sehingga tidak mampu membandingkan yang mana ‘hantu’ atau yang mana manusia.

“Tun Mahathir kena ingat, hantu ni dia boleh berupa. Contoh puntianak yang menyeramkan boleh berupa jadi gadis cantik, malah dia akan hisap darah kita dalam keadaan rupa cantik dia tu.

“Tambah-tambah orang yang sudah lanjut usia macam Tun Mahathir, yang sudah kelabu mata, lagi tak nampak dengan jelas rupa sebenar hantu itu (DAP),” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Mahathir yang menyifatkan DAP bukanlah seburuk yang disangka, malah lebih baik berbanding MCA yang lebih bersifat perkauman.

Menurutnya, bukti jelas di depan mata apabila DAP memerintah Pulau Pinang, dan bagaimana dengan nasib Melayu di sana yang disisihkan sedikit demi sedikit.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana