Mulut Madey Ni!!!!Kami tidak akan mencium kaki pemimpin PAS, kata Dr M

PUTRAJAYA: Tempoh sebulan diberi oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kepada PAS untuk membuat keputusan bagi menjalin pakatan pilihan raya adalah satu syarat tegas, kata Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Kami sudah berusaha untuk menyelesaikan (kebuntuan itu). Kami juga bersabar. Kami tidak memburuk-burukkan PAS. Kami melakukan segala yang terdaya, apa lagi yang boleh kami buat?
“Saya tidak mahu merangkak dan mencium kaki pemimpin PAS,” kata Dr Mahathir kepada pemberita hari ini.
“Kami akan memberi mereka satu bulan, walaupun mereka menyatakan sebulan itu tidak perlu. Kami orang amat bermurah hati.”
Dr Mahathir berkata syaratnya itu berkuatkuasa dari 11 Februari walaupun rundingan di antara PPBM dan PAS dikatakan sedang berjalan. Pertemuan pertama kepemimpinan kedua-dua pihak diadakan pada 1 Februari lalu.
Berikutan syarat sebulan itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, partinya tidak akan bekerjasama dengan PPBM selagi mereka ada pakatan dengan DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).
Mengulas perkara itu, Dr Mahathir berkata, beliau menjangka prestasi PAS akan lebih buruk pada pilihan raya umum akan datang jika ia enggan bekerjasama dengan mana-mana parti politik.
“Terpulang kepada mereka untuk menentukan PAS paling teruk kalah atau tidak. Di peringkat persekutuan, mereka tidak mampu untuk memenangi satu perempat daripada kerusi (Parlimen),” tambahnya.
Katanya, PPBM akan tetap mengadakan kerjasama dengan DAP kerana parti itu kini menguasai 36 kerusi di Dewan Rakyat manakala PAS hanya memiliki kurang daripada 20.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana