MEDIA HANYA TANYA, GUAN ENG JAWAB TERUK

Ketua Menteri, Lim Guan Eng hari ini, terus menyalahkan media arus perdana yang didakwa mewakili Barisan Nasional (BN) berhubung beberapa isu berkaitan pentadbiran kerajaan negeri dan pakatan pembangkang. 
Ia membabitkan isu campur tangan politik dalam Jawatankuasa Fatwa negeri dan perkara berbangkit berkaitan konflik dalaman Pakatan Harapan. 
Setiausaha Agung DAP itu terus menyalahkan akhbar Utusan Malaysia serta dua akhbar terbitan The New Straits Times Press (M) Bhd, iaitu New Straits Times (NST) dan Berita Harian (BH). 
“Saya tak yakin untuk jawab sebarang persoalan jika anda (Utusan Malaysia, NST dan BH) ada di sini kerana takut akan diputar belit oleh agensi yang anda wakili. 
Saya hanya akan jawab soalan jika media berkenaan tak ada dalam sebarang majlis saya. 
“Bagaimanapun, anda perlu bersyukur tak dihalau kerana jemputan untuk hadiri majlis saya tak pernah diberikan kepada agensi anda,” katanya pada sidang media di sini, hari ini. 
Terdahulu beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mendakwa bahawa Ketua Pembangkang sebenar adalah Ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana