KIT SIANG MELAWAT KAWASAN ‘YANG DITINGGALKAN’ BEKAS PEMIMPIN DAP

Penasihat DAP, Lim Kit Siang dilaporkan melawat Melaka hari ini, susulan empat wakil rakyatnya di negeri itu bertindak meninggalkan parti.

Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP, Liew Chin Tong memberitahu sebuah portal, antara lokasi-lokasi yang bakal dilawati Kit Siang adalah kesemua kawasan yang membabitkan empat bekas wakil rakyat DAP berkenaan iaitu Duyong, Bachang, Kesidang dan Kota Melaka.
“Kit Siang akan meninjau pandangan akar umbi terutama ahli-ahli DAP mengenai tindakan empat wakil rakyat DAP itu dan membuat segala yang perlu untuk menjernihkan semula keadaan terutama menjelang pilihan raya umum ke-14,” katanya.
Sejurus selepas lawatan ke empat kawasan terbabit, Kit Siang akan mengadakan pertemuan dengan ahli-ahli DAP pada jam 8.30 malam.
Kelmarin, ADUN Bachang, Lim Jak Wong, Chin Choong Seong (Kesidang) dan Goh Leong San (Duyong) serta Ahli Parlimen DAP Kota Melaka, Sim Tong Him mengumumkan keluar daripada parti.
Sebab berbuat demikian, kata Tong Him, kerana sudah tidak boleh menerima dan tidak sependapat dengan pendirian baru serta hala tuju politik terkini DAP.
“Saya amat kecewa DAP kini telah menyimpang daripada perjuangan sebenarnya dan hanya sekadar memuaskan nafsu sesetengah individu yang bertentangan dengan prinsip asal parti ‘Malaysia Untuk Malaysia’,” ujar beliau.
Sementara itu, Jack Wong pula berkata, keputusan keluar parti dibuat selepas membuat pertimbangan sewajarnya dan bukannya dibuat secara terburu-buru.
“Saya percaya keputusan ini akan membuatkan timbul pelbagai andaian dan membawa kepada pelbagai reaksi, namun saya tidak akan menyalahkan mereka kerana mereka tidak faham apa perasaan sebenar kami.
“Jika dahulu orang mengkritik DAP saya akan cuba mempertahankan imej DAP, tetapi hari ini saya sudah membuat keputusan untuk keluar parti tanpa perlu rasa sakit hati lagi,” jelasnya yang menjadi ahli DAP sejak tahun 1997.
Mengulas mengenai tindakan keluar parti itu, Pemangku Pengerusi DAP, Tan Kok Wai mengalu-alukannya kerana mereka berempat telah berubah.
“Saya alu-alukan mereka keluar parti kerana telah berubah dan saya anggap mereka barah dalam parti. Sejak mereka keluar parti atas inisiatif sendiri, saya alu-alukannya,” jelas Tan.
Sementara itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng membidas tindakan keluar parti itu sebagai ‘hadiah’ buat BN menjelang pilihan raya umum akan datang.
Beliau yang juga ketua menteri Pulau Pinang berkata, BN menerima ‘hadiah’ walaupun terperangkap dalam skandal rasuah besar-besaran membabitkan 1MDB (RM52 bilion) dan RM4.3 bilion dana milik Felda.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana