KEKAYAAN ANAK MAHATHIR ‘MENGUNCUP’ TIBA-TIBA

Dari kedudukan nombor 27 paling kaya di Malaysia pada tahun lepas(2016) tiba-tiba menguncup atau jatuh ke anak tangga yang ke 36, mungkin antara penyebab Mahathir dan Siti Hasmah kelihatan tidak terurus kehidupan mereka sebagai bekas Perdana Menteri dan isteri kepada perdana menteri yang paling lama memerintah negara ini.
Malah, nama Mirzan juga sudah tiada di dalam senarai 40 manusia paling kaya di Malaysia. Itu pun nasib baik dibuat “Top 40”, kalau dianjak kepada “Top 10” atau individu yang terkaya di dalam senarai kumpulan 20 orang maka anak-anak Mahathir tidak akan ada di dalam senarai tersebut.
Dari satu sisi nampak tidak penting nama kita ada di dalam senarai terkaya di negara sendiri kerana ianya boleh mengancam nyawa kita dan keluarga namun ianya hanya sedikit impak dari sisi negatif tersebut.
Dari sisi positif, kesannya amat kuat bagi reputasi diri dan syarikat yang kita wakili terutama produk yang kita ‘bawa’. Tersenarai di dalam apa juga “Top” yang di paparkan oleh majalah bertema ekonomi di dalam negara atau keluaran luar negara, ianya berimpak tinggi bagi urusniaga syarikat yang kita terajui.
Senarai “Top” tersebut bukan untuk sang peniaga yang bertaraf korporat menunjuk-nunjuk tetapi lebih kepada strategi ‘pemasaran percuma yang berstatus dunia’ apabila nama kita tersenarai sebagai individu atau tokoh perniagaan yang berjaya. Ini akan membantu melonjakkan lagi kedudukan syarikat kita di pasaran domestik atau pun pasaran global.
Kalau dahulunya nama anak-anak Mahathir berada di kedudukan yang agak baik tetapi apabila portal asiaone.com memaparkan carta kedudukan terbaharu manusia terkaya di negara ini, dalam barisan nama 40 orang pun, nama Mirzan Mahathir tidak tersenarai. Dan seorang lagi anaknya menjunam dari kedudukan 27 kepada kedudukan 36.
Apa sudah jadi?
Adakah ini strategi Mahathir supaya nama anaknya ‘dinampakkan’ tidak semua kaya?
Atau ini sudah menunjukkan betapa kekayaan yang dibina selama ini bukan dari usaha yang ‘halal’ – terpalit dengan unsur kedudukan ayahnya sebagai perdana menteri?
Atau satu perkara yang nampak jelas adalah kedudukan Mokhzani yang merudum telah menunjukkan samada urusniaga beliau sudah menunjukkan tanda-tanda gagal tadbir atau mula kehilangan pegangan saham di dalam beberapa syarikat utama beliau?
Atau adakah ini berkaitan dengan skandal yang melanda bapanya berhubung isu kehilangan wang rakyat yang begitu besar jumlahnya di dalam ‘perjudian’ FOREX Bank Negara – sehingga kini belum mendapat sesen pun wang yang hilang itu. Atau strategi ‘mengalihkan’ kekayaan ke tempat lain supaya perlahan-lahan nama anak-anak Mahathir tiada lagi di dalam senarai terkaya di Malaysia itu.
Lagi lambat Suruhanjaya Siasatan di Raja ditubuhkan, adakah berkemungkinan lagi banyak ‘harta’ anak pinak Mahathir ‘lenyap’?
Matematik tidak menipu, berapa juta Mahathir mampu berikan modal kepada anak-anaknya termasuk anak angkat beliau walaupun Mahathir tidak menggunakan sesen pun gajinya sepanjang menjadi Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun. RM20 juta?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana