Hello Azmin…inikah menteri yang nak letak jawatan?

Kalau Datuk Seri Azmin Ali nak main silap mata mari kita sama-sama tunggu dan lihat siapa kelak yang bakal terbelit.

Kredibiliti Menteri Besar Selangor dan Timbalan Presiden PKR ini boleh masuk longkang jika gempaknya konon ada menteri kanan letak jawatan satu fantasi.

Tunggu punya tunggu sejak beliau mula sebar di twitternya petang Jumaat masih belum ada mana menteri yang umum letak jawatan lagi.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri sudah nafi dan cabar Azmin dedah nama siapa menteri itu.

Azmin masih nak tunjuk terror dakwa maklumat menteri nak letak jawatan itu datang dari orang yang berkenaan sendiri.

"Tunggu, kita akan umumkan," kata Azmin lewat malam setelah Najib menafikan.

Dakwanya Perdana Menteri memang perlu menafikannya.
Sementara itu dalam sidang akhbar selepas satu majlis di Kota Kinabalu Sabtu ,Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi tidak sembunyi menyebut nama menteri didakwa Azmin itu ialah Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

“Saya ingin mengesahkan tidak ada menteri yang letak jawatan.Tidak ada pemimpin kanan yang letak jawatan. Saya tahu Menteri Besar (Azmin) merujuk kepada Anifah kata dia akan atau telah letak jawatan, tetapi dia bersama saya malam tadi dan hari ini akan terbang ke Brussel untuk mewakili kerajaan Malaysia,”katanya.

Beliau merujuk kepada gambarnya bersama Anifah yang dimuat naik dilaman di laman twitternya.

"Malam tadi ramai melihat saya dan Anifah bergambar. Hari ini beliau bertolak ke Brussels untuk mewakili Malaysia dalam satu program antarabangsa di sana.
"Ertinya Menteri Besar (Selangor) cuba membohongi rakyat dengan berita yang tidak benar. "Malah saya telah memuat naik gambar bersama Anifah satu majlis yang kami hadiri bersama Ketua Menteri Sabah (Datuk Seri Musa Aman) malam tadi,"katanya.
Ada sama dalam gambar itu ialah Menteri Pelancongan Sabah Datuk Masidi Manjun.

Zahid menjangka pembohongan seumpama ini akan berleluasa menjelang pilihanarya umum nanti.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana