Bekas ADUN DAP serah surat makluman kepada Speaker DUN Melaka

Dua ADUN yang mengumumkan keluar daripada parti DAP semalam, menyerahkan surat makluman perkara itu kepada Speaker DUN Melaka, Datuk Othman Mohamad pagi ini.
 
Othman berkata ADUN itu, Lim Jak Wong (Bachang) dan Chin Choon Seong (Kesidang) datang sendiri menyerahkan surat memaklumkan mereka keluar parti kepada Setiausaha DUN Melaka, Mohd Yusof Abu Bakar pada pukul 10.30 pagi tadi.
 
"Selepas menerima surat rasmi ini, setiausaha dewan akan mengatur tempat duduk baharu mereka dan bukan lagi di tempat bersama ADUN DAP yang lain," katanya kepada pemberita di pejabatnya di Kompleks Seri Negeri di Melaka.
 
Semalam Lim, Chin dan seorang lagi ADUN, Goh Leong San (Duyong) mengumumkan keluar daripada DAP, manakala Anggota Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him mengambil langkah yang sama.
 
Othman berkata kandungan surat tersebut menyatakan mereka keluar daripada parti itu semalam dan tidak lagi mewakili DAP.
 

Beliau berkata walaupun telah keluar parti, ADUN Duyong, Goh Leong San tidak perlu menyerahkan surat makluman kepada DUN Melaka memandangkan beliau telah berada di tempat duduk wakil bebas sejak 28 Mac tahun lepas.
 
"Goh telah diletakkan di tempat itu selepas beliau meminta sendiri kepada kita sebaik digantung sebagai anggota DAP (selama setahun bermula Februari tahun lepas)," katanya.
 
Othman berkata kedudukan baharu dua ADUN tersebut akan berkuat kuasa pada persidangan DUN akan datang pada 7 hingga 10 Mac nanti.
 
Jelasnya tindakan keluar parti dua ADUN tersebut tidak akan menggangu proses persidangan akan datang kerana perubahan hanya melibatkan susunan tempat duduk berikutan tidak lagi mewakili DAP.
 
"Mereka masih lagi diberi hak bercakap selama lapan minit ketika persidangan seperti yang diberikan sebelum ini, cuma perbezaan yang berlaku adalah mereka bebas membangkitkan isu tanpa terikat dengan DAP lagi," katanya.
 
Dalam perkembangan lain, Othman berkata pihaknya telah menerima sebanyak 95 soalan lisan dan 122 soalan bertulis daripada ADUN untuk persidangan DUN nanti.
 
"Saya harap semua ADUN mematuhi peraturan dewan ketika bersidang nanti dan tidak menimbulkan kekecohan," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana