Amanah tak hadir Himpunan 355....Dah tahu Dah Barua DAP Memang Macam Ini

SHAH ALAM: Amanah tidak akan menyertai Himpunan 355 yang dianjurkan PAS pada Sabtu ini.
 
Setiausaha Agungnya, Anuar Tahir berkata parti tidak mempunyai sebarang perbincangan berhubung penyertaan ke himpunan tersebut.
 
"Mungkin tidak, tidak ada arahan dan kita pun tidak bincang," katanya ringkas kepada Antarapos hari ini.
 
PAS sebelum ini mengumumkan penganjuran Himpunan 355 dengan mempelawa semua parti politik untuk hadir menyatakan sokongan terhadap langkah Presiden mereka, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengusulkan pindaan terhadap Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355.  
 
Menurut PAS, di samping untuk menyatakan sokongan kepada langkah Hadi itu, himpunan itu juga adalah bagi memberi penerangan lebih jelas kepada masyarakat bersabit langkah untuk meminda Akta 355. 
 
Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 akan dibawa ke sidang Parlimen, Mac ini, dan ini merupakan kali ketiga ia dibawa selepas melalui dua kali penangguhan sebelum ini.
 
RUU 355 dibentang kali pertama oleh Hadi pada 26 Mei tahun lalu, dan kali kedua pada 24 November tahun yang sama.
 
Usul itu mencadangkan pindaan terhadap bidang kuasa mahkamah syariah untuk mengeluarkan hukuman bagi kesalahan takzir yang kini masih terhad kepada maksimum tiga tahun penjara atau denda RM5,000, atau enam kali sebatan.
 
Akta 355 kali terakhir dipinda pada 1984, apabila hukuman dinaikkan daripada penjara enam bulan dan denda RM1,000.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana