4 WAKIL RAKYAT DAP KELUAR PARTI ‘HADIAH’ BUAT LIM GUAN ENG

WALAUPUN tidak mahu bercakap dengan media perdana seperti Berita Harian, Utusan Malaysia dan The New Straits Times, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dilihat agak ‘bacul’ sekadar hanya melayan karenah media yang mesra kepada pihak pembangkang sahaja.

Ia jelas membuktikan amalan kebebasan media khususnya di negeri dikuasai DAP itu sudah terkubur bersama-sama kegemilangan pemerintahan DAP itu sendiri.

Menurut laporan portal mesra pembangkang Malaysiakini, Guan Eng telah membidas tindakan empat pemimpin DAP Melaka yang keluar parti semalam.

Tindakan berkenaan menurut Guan Eng, adalah sebagai ‘hadiah’ buat Barisan Nasional (BN) menjelang PRU14 tidak lama lagi.

Katanya, tindakan keluar parti itu adalah sesuatu yang tidak dijangka kerana salah satu daripada empat wakil rakyat itu, Ahli Parlimen Kota Melaka Sim Tong Him dipilih secara peribadi oleh Lim Kit Siang untuk bertanding pada pilihan raya umum 1986.

“Beliau sekali lagi diselamatkan oleh Kit Siang daripada dibuang DAP selepas Sim bertanding sebagai calon bebas pada pilihan raya 2013 menentang calon DAP di kerusi DUN Kota Laksamana,” kata Guan Eng dalam kenyataan.

Jelas Guan Eng, DAP sepatutnya boleh mengambil tindakan disiplin kerana ingkar secara terang-terangan kepada parti. Bagaimanapun, parti itu percaya Sim, walaupun terpesong, masih setia kepada parti dan rakyat, katanya.

Mengikut laporan Malaysiakini itu, Sim juga berkali-kali melafazkan ikrar kesetiaan abadi kepada DAP, imbau Guan Eng.

Namun demikian, apa yang terjadi ini sebenarnya tak ubah seperti sebuah ‘hadiah’ buat Guan Eng sendiri yang sedang berkuasa dalam parti DAP dan kerajaan negeri Pulau Pinang.

Disamping, ia juga sebagai ‘hadiah’ apabila Guan Eng pada bulan depan akan berhadapan dengan perbicaraan kes skandal rasuahnya yang difahamkan amat sukar untuk didapati tidak bersalah, melainkan ada unsur-unsur lain yang membantu keputusan.

Maka, selaku pemimpin negeri dan parti yang penuh dengan skandal rasuah, haruslah Guan Eng menerima ‘hadiah’ ini dengan hati yang lapang dan terbuka. 

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana