ZUNAR KARTUNIS ADA AGENDA POLITIK – JURAGAN

Kelab Kartunis Malaysia pada dasarnya tidak setuju dengan konsep karikatur yang menyerang karakter pemimpin keterlaluan seperti karya Zunar.

Presidennya, Mohd. Desa Omar atau nama penanya Juragan berkata, kartunis perlu ada pertimbangan moral dalam menyampaikan maksud karya masing-masing.

“Zunar memang pelukis kartun tapi dia juga ahli politik yang kemahirannya melukis macam juga ahli politik pandai berpidato, mereka guna pidato.

“Tapi di Malaysia tak ramai kartunis macam Zunar,” ujarnya ketika ditemui di sini hari ini.

Sebelum ini, Zunar yang dikenali sebagai kartunis pro pembangkang sering menghasilkan karikatur melampau terhadap pemimpin kerajaan termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Baru-baru ini pamerannya di Pulau Pinang menimbulkan kekecohan selepas dibantah Pemuda UMNO negeri itu.

Walaupun setiap karya itu subjektif dan bebas tetapi Juragan melihat biar ia kekal dalam konsep kritikan sosial secara humor.

“Ya betul. Perlu ada pertimbangan, saya rasa sejak dulu majalah Gila-Gila sejak tahun 1978 sudah buat (kritikan) kita tidak mengata dia (peribadi pemimpin) tidak bagus tapi kita kritik dasarnya. Masa (Tan Sri) Sanusi Junid jadi Menteri Pertanian buat kempen minum kelapa muda, kita (kartunis) sindir tapi cara satira.

“Macam Datuk Lat, kartun dia sampai sekarang kita baca tidak marah malah cucu-cicit pemimpin yang baca esok pun tidak akan marah. Tak ramai macam Zunar, dia ada agenda sendiri,” katanya lagi.

Beliau juga setuju dengan pandangan mengatakan Rossem juga kartunis mengkritik kerajaan dalam karya tidak ada serangan karakter.

Juragan ditemui selepas Majlis Perasmian Komik Dan Buku Berkonsep Wasatiyyah yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga Presiden UMNO.

Terdahulu, Juragan berkata, pihaknya dalam usaha mewujudkan Rumah Kartun Malaysia pada tahun depan seperti yang ada di negara-negara Barat dan boleh dijadikan pusat rujukan pelajar dan pusat pelancongan.

Selain itu, pihaknya juga mencadangkan kepada kerajaan membina muzium kartun.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana