Zalim Ddan Jahatnya!!!! Myanmar tidak peduli desakan dunia... terus hapus etnik Rohingya

Kerajaan Myanmar memperlihatkan keangkuhannya apabila gagal bertindak mengikut cadangan Suruhanjaya Tinggi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OHCHR) sebaliknya meneruskan penindasan terhadap etnik Rohingya yang disifatkan menyamai jenayah kemanusiaan.

Kegagalan Myanmar itu dinyatakan OHCHR ketika bekas Setiausaha Agung PBB, Kofi Annan tiba di negara ini untuk melawat utara Rakhine.

OHCHR dalam kenyataannya menjelaskan, layanan kerajaan Myanmar terhadap etnik itu menyamai jenayah kemanusiaan, mengulangi keputusan kajian yang diperoleh mereka dalam laporan Jun lalu.

Lebih 120,000 etnik Rohingya terpaksa bersesak-sesak di kem pelarian di Rakhine sejak keganasan agama pada tahun 2012 yang menyaksikan kaum itu dinafikan kerakyatan, penjagaan kesihatan dan pendidikan.

“Kerajaan gagal bertindak mengikut cadangan yang dibuat dalam laporan OHCHR, meningkatkan keganasan ke atas Rohingya menyamai jenayah kemanusiaan,” kata kenyataan itu.

Kaunselor Myanmar, Aung San Suu Kyi Ogos lalu melantik Annan mengetuai suruhanjaya siasatan khas untuk mengatasi isu jurang agama dan pelbagai etnik yang memecah belahkan negara ini.

Annan pada masa sama melahirkan kebimbangan tentang keganasan di Myanmar yang menyaksikan ribuan umat Islam di luar negara mengadakan tunjuk perasaan membantah kekejaman itu.

Bagaimanapun, pemimpin Islam dalam Suruhanjaya Rakhine, Aye Lwin mempertahankan cara Suu Kyi menguruskan krisis tersebut.

“Apa yang beliau warisi adalah timbunan masalah lapuk yang tidak mudah untuk diubah,’” kata Aye Lwin merujuk kepada penguasaan tentera dalam kementerian dalam negeri dan pertahanan di bawah satu Perlembagaan yang ditulis bekas junta.

Jelasnya, Suu Kyi tidak boleh berbuat apa-apa dalam isu itu selain cuba berbincang dan berunding selain membina kepercayaan dengan tentera.

“Tangan Suu Kyi diikat,” jelasnya.

Sementara itu, Penasihat Khas PBB Mengenai Pencegahan Pembunuhan Beramai-Ramai, Adama Dieng berkata, reputasi kerajaan Aung San Suu Kyi terjejas ekoran kebimbangan banyak pihak tentang Kaunselor Myanmar itu menangani isu keganasan di barat laut negara ini.

Dieng berkata, dakwaan itu mesti disahkan sebagai perkara yang perlu disegerakan dan menggesa kerajaan Myanmar membenarkan akses ke kawasan tersebut.

“Jika benar, kehidupan ribuan penduduk berada dalam bahaya, reputasi Myanmar menerusi ke­rajaan yang dilantik dan tentera juga terjejas dalam perkara ini,” kata beliau.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana