Wan Azizah mungkin jadi PM wanita pertama jika pembangkang menang PRU14

PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) mengumumkan bahawa pakatan itu akan mengangkat Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Perdana Menteri wanita pertama sekiranya mereka memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
 
Namun menurut Penasihat DAP Lim Kit Siang, jawatan itu akan diambil alih Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas dibebaskan dari penjara.
 
Beliau yang dipetik China Press berkata, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin pula akan dilantik sebagai pemangku timbalan perdana menteri, jika PH berjaya merampas Putrajaya daripada Barisan Nasional (BN).
 
“Selasa lalu kami capai kata sepakat, jika berjaya kalahkan BN pada PRU akan datang, Muhyiddin adalah calon pemangku timbalan perdana menteri paling sesuai,” katanya ketika menghadiri majlis makan malam kutipan dana anjuran Jawatankuasa Perhubungan DAP Parlimen Bukit Gelugor, semalam.
 
Ketua Parlimen DAP itu berkata, daripada Pakatan Rakyat sehingga PH, pembangkang selama ini menyokong Anwar menjadi perdana menteri, bagaimanapun beliau sedang dipenjarakan ketika ini.
 
Selasa lalu, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mencadangkan satu rancangan menyerupai “Langkah Kajang” dengan harapan dapat menjadikan Anwar sebagai perdana menteri, sekiranya PH memenangi PRU14.
 
“Salah seorang wakil rakyat PKR yang baru menang boleh kosongkan kerusinya dan seawal 2 minggu selepas hari mengundi PRU14, Anwar boleh memenangi sebuah kerusi Parlimen dan seterusnya mengangkat sumpah sebagai perdana menteri,” kata Rafizi dalam satu kenyataan minggu lalu.
 
Rabu lalu, Anwar berkata, beliau akan berbincang dengan peguamnya bagi mencari cara lain untuk mendapatkan kebebasan selepas gagal dalam cubaan terakhir menggunakan mahkamah untuk membebaskan diri daripada sabitan kes liwat apabila Mahkamah Persekutuan menolak permohonan semakan kesnya.
 
Pilihan yang tinggal untuknya ialah memfailkan permohonan kepada Lembaga Pengampunan.
 
Pada 6 Disember lalu, Lim menafikan beliau akan dilantik sebagai perdana menteri dan Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi timbalannya, jika PH memenangi PRU akan datang.
 
Senarai Kabinet bayangan itu turut menamakan 7 pemimpin DAP memegang portfolio kanan, termasuk menteri kewangan (Lim Kit Siang), menteri di Jabatan Perdana Menteri (Lim Guan Eng) dan menteri perdagangan antarabangsa dan industri (Teresa Kok).
 
Pemimpin PH lain seperti Rafizi Ramli sekadar diberikan jawatan menteri pelancongan, Presiden PKR, Dr Wan Azizah diberikan portfolio menteri pembangunan wanita dan keluarga, serta Khalid Samad daripada Amanah diberikan portfolio baharu, iaitu menteri kesenian, kebudayaan dan sejarah.
 
Sementara itu, Lim yang juga ahli Parlimen Gelang Patah mencabar Umno menunjukkan bukti beliau anti-Melayu dan Islam, jika benar selama 51 tahun menyertai arena politik, beliau mempunyai niat itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana