UMNO dan PAS berkerjasama 'case by case' - Badan pemikir PAS

Pengarah badan pemikir PAS yang juga AJK PAS Pusat Dr Mohd Zuhdi Marzuki mengatakan bahawa kerjasama antara PAS dan UMNO sudahpun berlaku.

Bekas pensyarah kanan sains politik Universiti Malaya itu berkata walaupun kerjasama itu tidak berlangsung secara rasmi, tetapi ada banyak perkara di mana Umno-Barisan Nasional (BN) memberikan reaksi positif berfikir dan bertindak untuk kepentingan ummah.

Zuhdi yang kini mengetuai Pusat Penyelidikan PAS, memberi contoh, yang terbaru adalah UMNO-BN memberi laluan kepada Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355), untuk dibacakan kali kedua pada sesi terakhir Parlimen tahun ini.

"Sudah berlaku kerjasama itu. Tetapi 'case by case'. Antaranya kerjasama dalam membawa RUU355 ini, kerjasama di antara kerajaan PAS Kelantan dan Kerajaan Persekutuan dalam membantu mangsa banjir di Kelantan; kerjasama untuk membantu saudara-saudara Islam di Palestin.

"Dan, yang akan datang kerjasama untuk membela saudara-saudara Islam Rohingya," katanyadipetik dari sebuah portal berita.

Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberitahu bahawa kerajaan akan mengambil alih rang undang-undang berkenaan demi memartabatkan syiar Islam, khususnya memperkasakan Mahkamah Syariah di negara ini.

Sekaligus beliau menggesa semua pihak agar tidak mempolitikkan rang undang-undang itu dan sekali lagi menegaskan pindaan berkenaan tidak menjejaskan sebarang kepentingan bukan Islam.

Justeru tambah Zuhdi, PAS mengharapkan kerjasama seperti ini akan bertambah demi kesejahteraan ummah.

"UMNO sebagai parti yang menerajui kerajaan boleh 'mengambil hati' PAS dengan memartabatkan lagi agenda-agenda pemerintahan dan pentadbiran Islam pada masa yang sama menghindarkan kemungkaran dan penyelewengan.

"Seperti yang telah diputuskan oleh Majlis Syura Ulama PAS dan diumumkan berulangkali oleh pimpinan PAS, untuk mencapai perkara kebaikan dan ketakwaan termasuk dalam isu RUU355, PAS bersedia bekerjasama," ujar beliau lagi.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 24 November lalu membentangkan kali kedua usul Rang Undang-Undang (RUU) Akta 355, bagi memperkasakan bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Namun Ahli Parlimen Marang itu memohon untuk menangguhkan penghuraiannya pada sidang Parlimen Mac tahun depan memandangkan masih ramai ahli Parlimen sama ada Islam ataupun bukan Islam, yang belum memahami mengapa RUU itu perlu disokong.

Pindaan RUU Akta 355 ini dibuat bagi meningkatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah yang selama ini amat terhad iaitu hukuman penjara maksimum hanya tiga tahun, denda maksimum RM5000 dan hukuman sebatan maksimum enam kali sahaja.

Melalui pindaan yang dibawa Hadi, jumlah hukuman itu mahu ditingkatkan menjadi hukuman penjara maksimum 30 tahun, denda maksimum RM100,000 dan hukuman sebatan maksimum 100 kali sebatan (syarie).

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana