Tun M, Kenapa Cakap Tak Serupa Bikin - Hishammuddin

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein masih tidak percaya bahawa bekas pemimpin negara dan Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad tergamak meninggalkan parti itu.

Naib presiden Umno itu berkata, bekas pemimpin itu pernah mengingatkan dirinya dan ahli yang lain supaya taat dan setia kepada pemimpin tetapi akhirnya bekas perdana menteri dan presiden Umno itu telah bertindak sebaliknya.

“Satu pesanan yang tepat, tapi Tun, kenapa bila hari ini kita menzahirkan kesetiaan kepada pemimpin, kita dipersalahkan, kita dihina? Kenapa Tun?

“Saya nak tanya Tun Dr Mahathir, kenapa bila kita pertahankan presiden, kita dicemuh,” katanya ketika menyampaikan ucapan pengangguhan naib presiden pada Perhimpunan Agung Umno 2016 di sini, Sabtu.

Menteri Pertahanan itu juga membidas Dr Mahathir sebagai ‘cakap tak serupa bikin’ dan bertindak tidak seperti apa yang telah diucapkannya.

“Cakap tak serupa bikin, bikin tak serupa cakap,” katanya.

Hishammuddin berkata, amanat Dr Mahathir supaya setia kepada pemimpin dan institusi kepimpinan masih dipegang sehingga ke hari ini.

Beliau turut mengucapkan semula kata-kata Dr Mahathir: "Yakin bahawa kita sedang lakukan perkara yang benar dan betul, kerana semenangnya tak ada kebaikan daripada kepimpinan yang lemah, selain membawa kepada kehancuran kepada organisasi".

“Itu bukan kata-kata saya, tapi kata-kata seorang yang telah memimpin kita dulu, yang telah berdepan pelbagai dugaan dan ujian. Kita juga yang mempertahankannya,” katanya.

Bagaimanapun Hishammuddin berkata, beliau kini lega apabila perhimpunan kali ini menunjukkan bahawa ahli dan pemimpin telah merapatkan saf, berbeza dengan perhimpunan tahun lepas.

Katanya, momentum dan semangat ini akan diteruskan untuk menjaga ‘rumahtangga Umno' menjelang Pilihan Raya Umum akan datang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana