Tiada Sebab Untuk Malaysia Tunduk Kepada Myanmar

Isu yang membabitkan pembantaian etnik Rohingya di Rakhine cukup hangat di perkatakan sejak akhir-akhir ini. Di pihak ASEAN mahupun dunia, ramai pihak menzahirkan kebimbangan dengan apa yang berlaku di Rakhine khususnya tindakan kerajaan Myanmar yang seolah-olah cuba menutup segala kejadian jenayah yang dilakukan oleh tentera, rakyat dan pengganas Buddha di sana.

Disebalik desakan seluruh dunia untuk Myanmar menghentikan kekejaman mereka, Presiden Myanmar Htin Kyaw cuba mengelak dari membicarakan hal ini. Baginya, ia adalah masalah dalaman Myanmar yang tidak harus diperkatakan secara terbuka dalam mana-mana pihak. Tegas beliau, dunia tidak tahu apa yang berlaku di Myanmar dan menolak sebarang campurtangan dari mana-mana pihak dalam kes ini.

Nyata, tindakan Htin Kyaw ini mendapat kecaman dunia disaat umat Islam di Rohingya terus disembelih, dirogol, dibunuh dan dibakar hidup-hidup oleh para pengganas Buddha ini. Bertindak daripada kesedaran penginayaan etnik Rohingya ini, Malaysia, Indonesia dan Thailand sepakat mengutuk sekeras-kerasnya apa yang berlaku di Rakhine ini.

Di ketiga-tiga negara tunggak ASEAN ini, demonstrasi membantah tindakan keras Myanmar ini senantiasa diadakan dan terbaharu, di Stadium Titiwangsa, lebih 20 ribu rakyat Malaysia berkumpul bersama-sama pemimpin utama negara termasuk barisan pemimpin PAS menyatakan bantahan mereka terhadap sikap kebinatangan pengganas Buddha ini.

Menariknya, dalam reaksi balas komitmen Datuk Seri Mohd Najib yang menegaskan untuk turun ke himpunan ini walau apa jua halangannya, Htin Kyaw memberi amaran, tindakan Perdana Menteri ini seolah-olah mencabar kedaulatan Myanmar dan mencampuri urusan dalaman negara berkenaan.

Persoalannya, Adakah Myanmar terlupa bahawa Malaysia merupakan Pengerusi ASEAN sekarang? Adakah Myanmar telalu bodoh untuk mengetahui bahawa Malaysia kini adalah Pengerusi Bukan Tetap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sekarang? Adakah Myanmar mahu menolak peranan utama Malaysia dalam Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC)?

Justeru, apa hak Myanmar untuk memberi kata dua buat Perdana Menteri berhubung isu ini? Bukankah di dalam ASEAN hari ini, sudah terpetri persetujuan secara lisan bahawa hak kestabilan dan kemanusiaan sentiasa diambil kira dalam menjadikan ASEAN sebagai pertubuhan yang sentiasa menjaga keamanan sejagat.

Jika ini tidak difahami Htin Kyaw dan Myanmar termasuk Aung San Suu Kyi, untuk apa lagi Myanmar berada dalam ASEAN? Myanmar sendiri gagal untuk menghormati hak rakyatnya sendiri jadi adakah adil untuk dunia termasuk Malaysia menghormati hak Myanmar sebagai sebuah negara?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana