Sami Buddha Myanmar protes Najib sertai Himpunan Soladiriti Rohingya…



Belum apa-apa lagi Himpunan Solidariti Rohingya yang hendak diadakan di Stadium Titiwangsa, Ahad sudah bikin puak-puak berkenaan di Myanmar tidak senang duduk.

Sebaliknya mereka sendiri macam orang lapar darah melakukan segala bentuk kekejaman keatas masyarakat Islam di negara itu…ada hati nak marah bila orang Malaysia bangkit memprotes.

Sabtu sekumpulan kira-kira 30 sami Buddha adakan tunjuk perasaan di depan Kedutaan Malaysia di Yangon kerana mendakwa Malaysia nak campurtangan urusan dalam negara itu.

Mereka jadi marah bila mendengar Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri akan turun menyertai himpunan Solidariti Myanmar yang dianjurkan oleh NGO tempatan.

Kumpulan sami ini membawa sepanduk yang bertulis: "Kutukan terhadap Perdana Menteri Malaysia, jangan beri tekanan kepada kerajaan Myanmar".

Pada spanduk itu tertera gambar Perdana Menteri yang dipalang warna merah.

Mereka isytihar akan terus adakan tunjuk perasaan di depan Kedutaan Malaysia itu sebagai membalas himpunan.

Selain Perdana Menteri turut sama akan hadir di Himpunan Solidariti Myanmar ialah Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana