Persiapan hadapi PRU14 bermula sekarang - UMNO Perak

Pengerusi Perhubungan UMNO negeri Perak Dato Seri Dr.Zambry Abd Kadir mencadangkan persiapan bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke14 dibuat bermula dari sekarang lagi.

Katanya sama ada diperingkat atasan ataupun bawahan lebih-lebih lagi melibatkan cawangan-cawangan dibawah sana, semua persiapan harus bermula bukan menunggu arahan dari Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO.

Menteri Besar Perak itu berkata demikian semasa sesi temu bual dalam rancangan Malaysia Hari Ini (MHI)  terbitanTV3 di mini studio TV3 bertempat di PWTC sempena PAU 2016.

Dengan demikian, beliau memperingatkan semua peringkat parti bahawa bagi menjamin kemenangan, “kesemua jentera parti perlu melakukan persiapan menghadapai PRU14 akan datang, bermula sekarang.

"Dijangka (PRU14) pada 2018 nanti, jadi kita kena buat persiapan sekarang, tak boleh buat persiapan akhir atau menunggu pengumuman rasmi Perdana Menteri.

"Paling penting ialah di peringkat negeri, secara praktikalnya yang akan melaksanakan agenda parti adalah cawangan-cawangan serta bahagian, mereka yang sebenarnya akan melakukan kerja-kerja di lapangan," katanya.

Dalam pada masa sama Dr.Zambry membayangkan formula kejayaan parti tidak lain melainkan semangat kesetiaan dan solidarity kalangan ahli-ahli parti disemua peringkat.

Katanya penawar kepada kejayaan kita memenangi PRU ke14 kelak adalah “ semangat kesetiaan dan solidariti di kalangan ahli UMNO.”

Dr Zambry meminta setiap ahli UMNO supaya menunjukkan kesetiaan kepada parti dan bangkit mempertahankan parti bagi menghadapi pelbagai cabaran masa ini.

"Setiap zaman mempunyai cabarannya dan cabaran tetap cabaran, tidak kira siapa pemimpinnya.

"Dan dalam setiap perjuangan menghadapai cabaran itu, yang paling penting ialah kesetiaan, kesetiaan dari bawah sehinggalah ke atas dan itu bagi saya, penawar untuk kita berhadap dengan apa sahaja cabaran.

"Kesetiaan juga penting ketika ini di mana terdapat beberapa gerakkan dari luar yang "menghentak" kita dari luar, tapi ahli UMNO perlu berani, cekal dan bersolidariti menghadapinya," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana