Pendirian Najib mengenai pembersihan etnik Rohingya sangat berani

Kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di sebalik amaran Myanmar dan kenyataannya mengenai isu pembunuhan etnik Rohingya sangat berani dalam konteks hubungan diplomatik antara negara ASEAN.

Bagi Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr.Zambry Abd Kadir, Perdana Menteri sanggup memperjuangkan isu ini kerana ia merupakan isu kemanusiaan bukan isu biasa-biasa yang belaku dikebanyakkan negara.

Dalam konteks sama, beliau menegaskan langkah Malaysia seperti disuarakan Najib “bukan soal campur tangan Malaysia di negara itu, sebaliknya ia adalah atas dasar kemanusiaan... yang harus diberi kepedulian oleh masyarakat dunia yang lain”.

“Rohingya bukan satu isu kaum atau etnik semata tetapi ia merupakan isu kemanusiaan sejagat... kita tidak boleh membiarkan kekejaman berlaku di dalam kelompok komuniti ASEAN.”

Sambil menganggap tujuan kita bagi mewujudkan keamanan Dr.Zambry seterusnya menggambarkan kepada media kekejaman terhadap etnik ini:” Manusia dibakar hidup-hidup dan dicincang-cincang begitu bagaimana kita boleh membenarkan perkara itu berlaku dikawasan berhampiran kita.”

“Ini bukan hanya kerana Rohingya tetapi disebabkan kerana manusia ..kita tidak boleh diam dan perlu bersuara mengenai perkara ini malah semua rakyat perlu bangkit menyuarakannya kekejaman ini.”

Sementara itu satu  Perhimpunan  Solidariti bagi memperingati Etnik Rohingya di Masjid Sultan Azlan Shah di Ipoh berlangsung Sabtu. Perasaan sedih membayangi para hadirin apabila  rakaman video kekejaman pasukan keselamatan Myanmar dipertontonkan.
                                                                                                                 
Turut hadir ialah kira-kira 300 warga etnik Rohingnya.

Mereka kelihatan menitiskan air mata menyaksikan perbuatan pasukan keselamatan Myanmar membakar rumah, membunuh dan merogol wanita yang tidak berdosa di beberapa buah perkampungan yang diduduki etnik itu.

Ramai kalangan mereka sudah  menetap di Perak antara selama dua hingga enam tahun.  Mereka sering terkenang nasib ibubapa abang, kakak dan adik-adik serta sanak saudara yang masih tidak  ketahui sehingga kini.

Contohnya Yahaya Hussain, 22, yang berasal dari perkampungan  Arkan Mondo, Myanmar dan bekerja sebagai buruh di pasar borong Ipoh, menzahirkan rasa sedihnya kerana sudah terputus hubungan sejak dua bulan lalu dengan ibu bapanya serta lima adiknya akibat tindakan kejam pasukan keselamatan Myanmar.

"Saya sedih kerana terputus hubungan dengan keluarga saya di kampung sejak dua bulan lalu dan saya amat bimbang sama ada mereka masih hidup atau tidak kerana tindakan zalim tentera Myanmar ini.

Bagi Abd Rashid Kafaitullah, 23, yang berasal di perkampungan Bawli Maungdau, Myanmar, negara-negara Islam tidak harus membisu melihat kezaliman kerajaan Myanmar ini sebaliknya perlu segera campur tangan membantu masyarakatnya bebas daripada keganasan junta Myanmar.

"Keluarga saya ramai yang sudah meninggal dunia, wanita dan kanak-kanak perempuan dirogol kaum lelaki pula dipotong kepala dan ditanam.

"Kami berdoa semoga Allah melindungi masyarakat kami  dan kami juga mengharapkan negara-negara Islam dapat membantu menyelamatkan kami daripada kezaliman Junta Myanmar," katanya yang merupakan anak ketiga daripada 10 beradik yang kini bekerja sebagai buruh binaan di Ipoh.

Mengulas isu sama, Timbalan Mufti Perak, Ustaz Zambri Hashim berkata umat Islam di negara ini perlu sedar bahawa kezaliman yang berterusan terhadap etnik hanya akan mencetuskan tindak balas daripada kumpulan militant seperti Daesh.
   
Katanya rentetan kedatangan Daesh akan membuka membuka peluang campurtangan asing yang sering dijadikan alasan oleh kuasa besar untuk campurtangan politk di rantau Asean.

 "Apa yang dibimbangi isu Rohingya ini jika sekiranya tidak dapat ditangani  dan diselesaikan dengan baik ia bakal mengundang kehadiran Daesh sebagai tindak balas terhadap pasukan keselamatan Myanmar yang menzalimi etnik Rohingya.

"Kehadiran Daeh ini pula akan beri peluang negara kuasa besar untuk campur tangan ke rantau Asean ini,” katanya kepada pemberita selepas melakukan majlis pecah tanah tapak bangunan Madrasah Tahfiz Al-Quran Tuan Guru Haji Abdul Ghani di Kampung Seri Kaya, Bota Kiri pada Sabtu.

Zambri berkata justeru umat Islam perlu mengambil iktibar daripada kezaliman tersebut dengan bergerak ke arah memelihara dan mengekalkan penyatuan ummah.

Katanya lagi sekiranya penyatuan ummah ini tidak  dipertahankan ia bakal memberi ruang dan peluang kepada negara asing terutamanya kuasa-kuasa besar untuk mencampur tangan urusan diplomatik negara.

Sehubungan dengan itu beliau menasihati umat Islam agar tidak leka dan lalai sebaliknya menjadikan isu penindasan dan kezaliman terhadap etnik Rohingya sebagai isu agama yang perlu pertahan dan perjuangkan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana