PAU2016:Najib Imbas Kesetiaan Terhadap Tun M

KUALA LUMPUR: Bersaksikan 2,729 perwakilan, Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak memperuntukkan sedikit ‘ruang’ dalam teks ucapan dasarnya khusus untuk Tun Dr Mahathir Mohamad bagi mengimbas kembali wala' serta kesetiaannya terhadap bekas pemimpin parti dan negara itu.

Najib berkata, prinsip kesetiaan kepada pemimpin dan falsafah wala’ yang sentiasa dipegang dirinya dan ahli-ahli Umno lain selama ini adalah antara sebab Umno mampu bertahan sehingga kini.

Malahan, katanya, masih diingat bagaimana beliau terpaksa ‘mengenepikan’ Tengku Razaleigh Hamzah sehingga rakan baiknya itu berkecil hati semata-mata mahu menunjukkan kesetiaannya terhadap Dr Mahathir selaku presiden parti pada pemilihan Presiden Umno 1987.

“Dalam episod pertembungan antara Team A dan Team B, semasa pemilihan Presiden Umno pada 1987, sebagai yang telah saya sebutkan pada perhimpunan agung tahun lalu, ketika itu siapa yang setia berada di belakang Dr Mahathir kalau bukan kita, ahli-ahli Umno.

“Hinggakan Tengku Razaleigh ketika itu berkecil hati atas keputusan saya dan pasukan berpihak kepada Dr Mahathir. Namun ketahuilah, saya lakukan itu semata-mata berpegang atas prinsip wala’ dan tuntutan kesetiaan kepada seorang presiden parti, walaupun secara peribadinya saya sangat akrab dengan Tengku Razaleigh dan sehingga kini saya tetap menghormati beliau sampai bila-bila,” katanya ketika menyampaikan Ucapan Dasar Presiden pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Khamis.

Perdana menteri turut mengimbas peristiwa apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 1988 mengisytiharkan Umno sebagai pertubuhan haram.

“Siapa juga pada saat-saat genting dan mendebarkan tersebut, yang berdiri teguh menyokong dan membantu Dr Mahathir selaku presiden, sehingga Umno baharu secara rasmi diterima semula secara sah?

“Siapa lagi, siapa lagi, kalau bukan kita, orang-orang Umno,” katanya.

Najib bagaimanapun kecewa apabila Dr Mahathir sendiri, pemimpin yang dikasihi dan dipatuhinya selama ini telah berpaling tadah dan bersubahat dengan pembangkang dan pihak yang menjadi musuh Umno.

Katanya, apa yang dilakukan Dr Mahathir itu adalah kemuncak penderhakaan terhadap Umno, bangsa dan tanahair.

“Dr Mahathir yang dulunya seorang negarawan terbilang, tapi kini sudah berpaling tadah terhadap parti yang pernah diterajuinya selama puluhan tahun.

“Sehingga tidak keterlaluan jika dikatakan, beliau yang pernah kita sanjung sebagai seorang tokoh dulu, kini, kini telah tergamak dan terlibat dalam perbuatan keji dan bersubahat pula dengan pihak DAP, perhimpunan haram Bersih, Parti Amanah Negara, PKR dan lebih teruk dari itu bersekongkol dengan musuh-musuh luar negara seperti Soros (George Soros) yang pernah dibenci dan disuruh kita benci sebagai penyangak matawang,” katanya.

Najib seterusnya membuat kesimpulan bahawa wala’ dan kesetiaan dalam budaya, bangsa dan agama merupakan semangat sepasukan dalam satu saf yang kukuh, tidak terpisah daripada pemimpin dan ketuanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana