PAU2016: NAJIB BACA PUISI UNTUK MAHATHIR

UMNO DAN BUDAYA SANTUN MELAYU

Hadirin dan Hadirat Sekalian,

Sebetulnya, sejak beberapa bulan lalu, dalam menghadapi pelbagai cabaran, sama ada di peringkat parti mahupun Kerajaan, apabila tidak henti-henti diasak dan dipertohmah oleh pihak lawan, saya sering berfikir masak-masak, akan apakah “approach” atau pendekatan ucapan, yang hendak saya sampaikan pada perhimpunan yang bermakna kali ini.

Ternyata, apabila saya berjumpa ramai pihak dalam proses menyediakan ucapan ini, berbagai pandangan diterima antaranya supaya, saya tidak perlu lagi bersifat Gentleman dan berlembut.

Sebaliknya, hendaklah sekarang ini, bernada lebih keras, menjawab cemuhan-cemuhan, segala maki hamun, dan membalas kembali cercaan serta tuduhan oleh pelbagai pihak termasuk Dr. Mahathir bersama konco-konconya itu, dengan kata-kata cacian yang juga kesat lagi kasar.

Namun, saudara dan saudari, sabar, sabar itu sebahagian daripada iman.

Kerana, semakin hari, semakin saya renung semula saranan-saranan itu, saya berasakan adalah lebih baik mengambil sifat yang mulia dengan berpegang kepada pesanan Rasulullah kepada isteri Baginda Syaidatina Aisyah r.a, agar “Berlembutlah Dalam Kata-Kata, Walaupun Terhadap Lawanmu”.

Tambahan lagi, sifat-sifat mulia orang-orang Melayu, seperti disesuaikan daripada madah Sasterawan Negara Usman Awang dan Sasterawan Melayu-Riau, Tenas Affendy.

Melayu Itu Orang Yang Bijaksana,
Budi Bahasanya Tidak Terkira,
Kurang Ajarnya Masih Beralas dan Bersantun,
Kalau Berkelahi Biarlah Cara Melayu,
Kalau Menikam Pula, Pun Dengan Berpantun,

Walau Menyanggah Dikuntum Senyum.
Kalau Merayu Dan Meminta,
Hendaklah Pada Yang Kasih Dan Sudi Memberi.
Mencontoh Biarlah Pada Yang Senonoh,
Berteladan Pada Yang Sepadan.
Adil Menjadi Hakim,
Amanah Dalam Bersumpah,

Sekalipun Begitu,
Walau Watak Melayu Menolak Permusuhan,
Setia Dan Sabar Tiada Sempadan,

Biar Berkecai Tulang,
Hatta Hancurnya Badan,
Pantang Pendekar,
Meninggalkan Gelanggang!!!

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana