Falsafah pisang gamatkan Dewan Merdeka...

Falsafah pisang yang dibawa oleh wakil Sabah, Datuk Mohd Ariffin Mohd Arif semasa perbahasan usul ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2016 menarik perhatian para perwakilan di dalam Dewan Merdeka, di PWTC pada Jumaat.

Mohd Ariffin berkata UMNO umpama pokok pisang yang 'pantang mati sebelum berbuah'.

"Pisang emas dibawa belayar, masak sebiji di atas peti, hutang emas boleh dibayar, hutang UMNO kami (Sabah) ingat sampai mati.

"Kenapa pisang dibawa belayar? Bukan pisang lain? Kerana pisang boleh dimakan dalam jangka masa panjang. Pisang juga dikatakan boleh mengubati penyakit mabuk, termasuk mabuk laut.

"Kenapa pisang diletak di atas peti? Itu menunjukkan kearifan orang Melayu yang menghormati rezeki yang diperolehi," katanya sambil mendapat sorakan gemuruh dari para perwakilan.

Dalam ucapannya, Mohd Ariffin turut mengucapkan terima kasih kepada barisan kepimpinan kerajaan khusunya kepada Naib Presiden UMNO juga merangkap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi kerana memperkasakan taraf keselamatan di negeri Sabah.

"Saya sungguh terharu apabila Presiden UMNO mengatakan tidak akan seinci pun tanah Sabah akan tergadai. Jika ada yang berangan buat begitu, saya akan minta Naib Presiden untuk ambil tindakan," ucapnya yang turut mendapat perhatian Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sementara itu, beliau turut memberi cadangan agar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) diserahkan sendiri oleh pemimpin UMNO agar objektif dan kesungguhan bantuan itu diberi dapat dipersembahkan kepada rakyat.

"Saya ingin cadangkan, biar pemimpin UMNO sampaikan BRIM. Jangnn biar mesin yang serahkan, mesin tiada perasaan. Termasuklah bantuan lain, biarlah pemimpin kita yang serahkan.

"Rakyat suka kerajaan beri BRIM, tapi pihak pembangkang yang suka buat cerita...tidak bersyukur. Kerajaan telah banyak membantu rakyat...sebelum, semasa dan selepas pilihan raya," katanya.

Beliau turut menceritakan hubungan kukuh diantara negeri Sabah dan kerajaan pusat kuat menjadi platform UMNO kekal di negeri itu.

"Kenapa UMNO diterima di Sabah? Kerana kerajaan dibawah kepimpinan UMNO betul-betul ikhlas ingin bantu Sabah. Kedua, negeri Sabah mempunyai hubungan baik dengan kerajaan pusat seperti dikatakan sehati sejiwa, seia sekata, senada seirama dan selangkah sehaluan.

"Ketiga, Presiden suka mendengar masalah Sabah. Walaupun kita dipisahkan Laut China Selatan tetapi hubungan Presiden membuatkan kita merasakan beliau berada seperti di sebelah dinding. Beliau suka mendengar masalah yang dihadapi Sabah," katanya.

Menurutnya kedatangan UMNO ke Sabah terbukti membawa rahmat kepada rakyat negeri itu, kata wakil UMNO Sabah Bahagian Kimanis, Datuk Mohd Ariffin Mohd Arif.

Ini kerana menurut Mohd Ariffin, sepanjang 25 tahun UMNO menapak di negeri itu ia telah terbukti berjaya membawa pelbagai pembangunan kepada rakyat di negeri di bawah bayu itu.

"UMNO ke Sabah bukan untuk menjajah, UMNO datang Sabah untuk membawa pembangunan yang kini setelah 25 tahun ia terbukti berjaya membawa pembangunan," katanya.

Oleh itu, ujarnya beliau menggesa rakyat negeri itu, agar menolak pandangan supaya Sabah ditukar pentadbiran kerana UMNO sudah menggalas tanggungjawab dengan baik.

"Jangan tukar pentadbiran," tegasnya.

Katanya, Sabah berjaya berada di tahap kini kerana hubungan baik antara negeri dan kerajaan pusat.

"Di Pusat abang, di Sabah sebagai adik bongsu kepada anda semua. Alhamdulillah negeri dan pusat amat baik, Sabah tak riuh kita guna jalan rundingan," katanya lagi.

Perhimpunan Agung UMNO masuk hari kedua hari ini menyambung semula perbahasan usul ucapan dasar presiden.

Seramai sembilan jurucakap lagi dijangka berucap membahaskan usul berkenaan sebelum disusuli wakil yang membawa usul ekonomi.

Perhimpunan agung kali ini menghimpunkan sebanyak 2,643 perwakilan dari 191 bahagian.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana