Dedahkan pendirian tidak konsisten bekas pemimpin

UMNO perlu bertindak tegas dengan mendedahkan sikap beberapa bekas pe­mimpinnya yang kini tidak konsisten dengan pendirian parti.

Naib Presidennya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pendedahan itu bukan sahaja perlu diumumkan kepada ahli-ahli parti, malah hendaklah dihebahkan kepada orang ramai.

“Kita juga mesti menjawab tuduhan dan kritikan oleh mereka yang sebelum ini bersama dengan kita,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pecah Tanah Projek Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur (KLPWTC) di sini hari ini.

Hishammuddin mengulas tentang taklimat yang disampaikan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak sempena Perhimpunan Agung UMNO di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

UMNO dan kepemimpinan­nya kini sedang berdepan dengan serangan fitnah tidak berasas oleh bekas pemimpinnya termasuk bekas Presiden, Tun Dr. Mahathir Mohamad serta bekas Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Mereka itu juga menunjukkan sikap yang tidak konsisten dengan pendirian mereka ketika bersama parti termasuk menyertai demonstrasi jalanan Bersih 5.0 di ibu negara baru-baru ini.

Berhubung taklimat ber­kenaan, Hishammuddin memberitahu, Najib menyeru kepada semua ahli UMNO untuk merapatkan barisan dan melihat ke hadapan sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14.

“Beliau juga berinteraksi dengan para perwakilan dari hati ke hati, tiada perkara sensitif yang kita tidak boleh bincangkan,” jelasnya.

Sementara itu, beliau yang juga Menteri Pertahanan menyifatkan projek KLPWTC sebagai bukti komitmen UMNO untuk menambah baik warisan yang ditinggalkan kepemimpinan terdahulu.

“Ini menunjukkan kita tidak lari daripada apa yang termaktub dalam jiwa dan sanubari kita sebagai pemimpin-pemimpin UMNO,” katanya.

Utusan

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana