DAP Akan Pecahkankan Melayu Dengan Tubuhkan Parti Serpihan

Untuk bergerak sebagai satu kumpulan yang mempunyai pengikut, perlu ditubuhkan satu organisasi atau satu parti politik untuk dikumpulkan ahli kemudian disebarkan pengaruh.

Itulah modus operandi atau langkah yang digunakan oleh parti cauvinis DAP untuk memecahbelahkan orang Melayu mungkin sebagai persediaan untuk memburukkan lagi perpecahan bangsa majoriti di negara ini jika DAP menang Pilihan Raya Umum (PRU) satu hari nanti.

Sudah banyak parti serpihan ditubuhkan dari sebuah parti yang pada awalnya parti Melayu kemudian gerakan parti baru itu ialah menentang UMNO yang bergerak dalam Barisan Nasional (BN).

Kemungkinan langkah jahat DAP bermula dengan parti PAN yang dipimpin oleh Mohamad Sabu serpihan daripada parti PAS.

Mohamad Sabu atau Mat Sabu dan beberapa pemimpin PAN lain adalah kumpulan yang dilihat pro-Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tidak menunjukkan gaya seperti seorang ulama ketika di dalam parti Islam itu.

Mereka kemudian kecewa apabila gagal menang dalam pemilihan parti seterusnya kehilangan jawatan yang disandang khususnya Mat Sabu yang hilang kerusi Timbalan Presiden PAS.

Gerakan DAP bermula apabila secara tiba-tiba dari dalam PAS muncul satu kumpulan yang digelar sebagai PasMa yang berbeza dari PAS tetapi pada masa itu ia bergerak sebagai satu badan bukan kerajaan (NGO).

Tidak lama kemudian tertubuhlah PAN siap dengan logo dan seakan-akan lengkap dengan dana sehingga mampu bertanding pada beberapa pilihan raya kecil.

Pada masa itu, DAP kelihatan begitu rapat dengan PAN sehingga program PAN banyak disokong oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng sesuatu yang amat jarang dilakukan melibatkan parti DAP dan parti Melayu.

Kini, muncul pula PPBM yang dipimpin oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Presiden dan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Pengerusinya.

Jika PAN muncul selepas PasMa, PPBM pula muncul selepas Dr Mahathir yang dahulunya anti-DAP bekerjasama dengan Kit Siang dan Guan Eng dalam satu gerakan dinamakan Deklarasi Rakyat : Selamatkan Malaysia.

Tidak beberapa lama selepas deklarasi itu, muncul parti PPBM yang juga dilihat rapat dengan DAP.

Parti Melayu sudah semakin banyak dan ia membuatkan parti Melayu di pihak pembangkang semakin susah untuk bekerjasama manakala di pihak BN hanya tinggal UMNO sahaja.

Tidak mustahil DAP sedang melihat kebarangkalian baru untuk menubuhkan satu lagi parti serpihan untuk terus membahagikan orang Melayu kepada beberapa bahagian supaya tidak mudah bersatu padu lagi di masa akan datang.

Orang Melayu mesti mengekalkan perpaduan dalam UMNO dan terus bergerak ke depan memastikan Malaysia terus menjadi negara terbaik dan disegani. – pru14.tv

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana