Cita-Cita Tun M Hanya Mahu Anaknya Jadi Perdana Menteri

Keenngganan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk tunduk kepada desakan Tun Dr. Mahathir Mohamad terutama selepas anaknya, Datuk Seri Muhkriz ditolak akar umbi dalam pemilihan lalu, menyebabkan bekas Perdana Menteri itu merancang menumbangkan Presiden UMNO melalui rampasan kuasa politik.

Walau bagaimanapun , tindakan Tun Dr. Mahathir itu dapat dibaca dan digagalkan oleh pihak Kerajaan. Kita semua ketahui secara umum bahawa cita-cita Tun Dr. Mahathir hanya satu iaitu bagi memastikan Mukhriz menjadi Perdana Menteri. Apabila beliau gagal memperalatkan UMNO bagi menjadikan Muhkriz sebagai Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir sanggup berbuat apa saja termasuk bersekutu dengan DAP dan Lim Kit Siang untuk memenuhi kehendaknya. Perlu diingatkan di sini, DAP tidak mungkin akan menaikkan Mukhriz sebagai calon Perdana Menteri Malaysia kerana DAP juga punya agenda politik mereka sendiri.

Jelas di sini bahawa, pengkhianatan Tun Dr. Mahathir terhadap parti UMNO dan orang Melayu sebenarnya tidak melemahkan UMNO. Sebaliknya kepimpinan dan akar umbi UMNO terus bersepakat untuk meletakkan kepentingan parti serta rakyat dengan menolak agenda politik Tun Dr. Mahathir. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semestinya enggan menjadi tebusan politik Tun Dr. Mahathir yang kini dihentam teruk kerana mendahulukan kepentingan rakyat dan parti.

Namun perlu diingatkan di sini, setakat mana pakatan Tun Dr. Mahathir bersama DAP ini yang hanya berasaskan kepentingan politik dapat bertahan. Ini kerana sejarah sudah membuktikan apabila parti PAS dipergunakan oleh DAP untuk memenuhi kehendak dan kemahuan politik DAP di mana PAS dinyahkan dalam parti Pakatan Harapan. Mungkin Tun Dr. Mahathir juga bakal jadi mangsa politik DAP seterusnya.

Perumpamaan melayu iaitu "Melayu mudah lupa" memang sesuai diberi kepada Tun Dr. Mahathir. Maka, kita tunggu dan lihat lah kesudahan politik Tun Dr. Mahathir yang semestinya akan menerima nasib malang seperti parti-parti yang pernah berurusan dengan DAP.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana