Ada Hati Nak Memerintah Politik Malaysia Amanah Ni....

TIDAK pernah kita lupakan kenyataan Presiden Parti Amanah Negara atau PAN, Haji Mohamad Sabu yang amat yakin mampu berkuasa di Kelantan dan Terengganu.

“Kalau AMANAH tak bertanding, biar Umno lawan parti lama, BN ada harapan cerah menang Kelantan. Tapi bila AMANAH bertanding, maka AMANAH la pilihan rakyat,” katanya seperti dilaporkan portal propembangkang Malaysiakini pada 11 Disember 2016.

Kenyataan ini menyebabkan ramai penganalisis dan pemerhati situasi politik tanah air berasa tergamam seketika kerana masing-masing amat mengetahui keupayaan sebenar parti serpihan PAS itu.

Dari manakah asas utama yang telah menggerakkan hati Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu meyakini bahawa PAN akan menang di dua negeri Melayu tersebut?

Jika kita lihat dari salah satu sayap parti berkenaan, jelas menampakkan jentera dan kekuatan PAN masih di tahap yang teramat lemah untuk mencabar lain-lain parti politik di negara kita.

Pemuda PAN Nasional pada 9 Disember 2016 lalu telah menganjurkan Konvensyen Tahunan Pemuda PAN Peringkat Nasional terbesar dalam sejarah parti berkenaan.

Jika dinilai dari penganjuran acara berkenaan, sudah pasti ia menggambarkan kepada semua bahawa PAN sedang mengumpulkan keseluruhan jentera Pemudanya dalam satu konvensyen untuk persediaan Pilihan Raya Umum ke 14 akan datang.

Namun hakikat sebenar sebaliknya. Kira-kira hanya 50 orang (maksimum) sahaja yang hadir ke acara konvensyen sayap parti yang mengimpikan negeri Kelantan dan Terengganu itu.

Adakah ini muka-muka dan angka yang akan memberi kemenangan buat PAN sekali gus menguasai dua negeri di Pantai Timur?

Jika kita percaya kepada kenyataan Mat Sabu selepas menjadi saksi sendiri kekuatan Pemuda PAN Nasional ini, maka kita mungkin tergolong sebagai mereka yang kurang waras.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana