Syabas Usaha Ini Jangan Bagi Muka Sangat!!!!! Pejabat Peguam Negara rayu hukuman lebih berat keatas pasangan kasari penguatkuasa MBSA

Hukuman penjara 14 hari dan denda RM3,000 yang dijatuhkan oleh Mahkamah Majistret Shah Alam  keatas pasangan suami isteri  Lor Ka Hoo dan Tan Sit Fun kerana mengasari anggota penguatkuasa wanita Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) adalah terlalu ringan.

Itu kata Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

"Walaupun kedua-dua tertuduh telah mengaku bersalah, hukuman yang setimpal hendaklah dikenakan demi memberi pengajaran kepada mereka di samping menjadi teladan kepada yang lain agar tidak melakukan perbuatan sama," katanya dalam satu kenyataan Ahad.

Apandi menegaskan Jabatan Peguam Negara amat memandang serius perbuatan menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam daripada menjalankan kewajipan yang sah di sisi undang-undang.

Maka Jabatan Peguam Negara telah memfailkan rayuan terhadap hukuman mahkamah yang dijatuhkan ke atas suami isteri itu.

Rayuan terhadap hukuman itu difailkan pada hari sama hukuman dijatuhkan iaitu Jumaat lalu.

Kata Apandi perbuatan itu merupakan kesalahan jenayah yang diperuntukkan di bawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali.

Lor, 35, dan Tan, 30, mengaku salah menggunakan kekerasan jenayah terhadap Nurul Ain Isa, 23, ketika pegawai itu mengeluarkan saman ke atas sebuah kenderaan di Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh, Khamis lalu.

Tindakan itu mengundang kemarahan tertuduh dan pergaduhan antara kedua-dua pihak menjadi viral selepas video berdurasi dua minit 10 saat tersebar di laman sosial.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana