Serangan Ke atas Ringgit, Khianat Mahathir: Pilihan Raya UMUM Mungkin Jalan Penyelesaian

1. Banyak sebab kejatuhan ringgit dan mawatang negara Asia lain berbanding US Dollar. Antaranya termasuk anggapan Presiden Trump akan membuat perubahan besar dalam polisi kewangan US. Perubahan ini termasuk meningkatkan kadar faedah dan merancakkan pembbangunan dalam negara, sekaligus menjanjikan pulangan lebih baik kepada pelabur.

2. Ini menyebabkan banyak pelabur di rantau Asia mencairkan aset mereka dan mula membawa pelaburan masuk ke Amerika Syarikat. Justeru penjualan terhadap ringgit dan matawang asia lain berlaku secara besar-besaran bagi membeli US Dollar.

3. Bagi ringgit sendiri, selain faktor US, pengurusan Bank Negara Malaysia yang lalu gagal mengambil langkah kawalan ke atas NDF. Dilaporkan 60% jual beli ringgit di lakukan dalam pasaran antarabangsa NDF yang tidak diiktiraf oleh bank Negara Malaysia. Justeru apabila berlaku kejatuhan ringgit ia sukar di kawal oleh Bank Negara.

4. Pengurusan Bank Negara mengambil keputusan tepat tidak campur tangan dalam kejatuhan ini. Malaysia tidak mampu berperang dengan spekulator matawang dalam keadaan mereka berdagang di dalam pasaran yang tidak diiktiraf oleh kita.

5. Ketegasan pengurusan Bank Negara yang baharu menghantar surat kepada semua syarikat dan bank dalam negara supaya menandatangan perjanjian tidak menggunakan indikator NDF sebagai “benchmark” ringgit adalah antara langkah tegas dalam mengawal selia semula ringgit.

6. Namun faktor lain yang menyebabkan ringgit berada dalam keadaan paling buruk berbanding matawang Asia lain ialah serangan dalam negara. Serangan dalam negara terbahagi dua iaitu manipulasi pasaran dan manipulasi politik.

7. Para pemimpin politik dan ahli perniagaan yang menguasai beratus bilion kekayaan diketuai Oleh Tun Mahathir Mohamad sedang bergabung untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional. Bayangkan kekayaan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Tun Daim Zainuddin, Tan Sri Vincent Tan (Berjaya Group), Tan Sri Ananda Krishnan, Tan Sri Dato’ Seri Yeoh Tiong Lay dan beberapa arsitokrat antara yang terbabit secara langsung dan tidak langsung dalam usaha ini sedang memanipulasi ekonomi negara.

8. Mereka menurunkan matawang ringgit dari dalam negara, menaikkan harga barangan dan perkhidmatan sesuka hati dan tidak mustahil menaja agenda-agenda ektremis dalam negara sama ada dalam pembangkang mahupun Barisan Nasional sendiri.

9. Dengan jumlah kekayaan mereka yang luar biasa agak mudah untuk mereka memanipulasi pasaran kewangan dan ekonomi negara. Jika pada 1999 Malaysia diserang oleh spekulator luar seperti George Soros sahaja, kali ini Malaysia turut diserang dari dalam oleh konco-konco Tun Mahathir.

10. Tun Daim Zainuddin secara tidak sengaja baru-baru ini mendedahkan bahawa kejatuhan ringgit bukan kerana masalah fundemental tetapi kerana pasaran hilang kepercayaan.

11. Apa yang Daim tidak jelaskan ialah bagaimana pasaran boleh hilang kepercayaan kepada ringgit?

12. Ia berlaku apabila mereka yang kaya mula menjual ringgit dengan banyak dan membeli mata wang asing. Ini akan menyebabkan timbul kegemparan dalam pasaran dan serperti teori domino, orang lain turut sama menjual.

13. Kedua ialah melalui politik. Dengan serangan berterusan ke atas kerajaan oleh Tun Mahathir Mohamad dengan cara melemahkan UMNO, pelabur asing melihat kerajaan Malaysia dalam keadaan tidak menentu.

14. Cubaan Tun Mahathir memecah belahkan UMNO dilihat sebagai tanda ketidaktentuan politik negara. Para Pelabur asing ini tidak memahami politik Melayu melihat tindakan Mahathir akan menjatuhkan UMNO. Justeru Barisan Nasional dilihat mungkin akan kalah dalam pilihan raya akan datang.

15. Oleh pelabur jangka pendek mengambil keputusan keluar dari ketidaktentuan ini dan merebut peluang dia Amerika Syarikat.

16. Jalan termudah menyelesaikan masalah ini ialah membubarkan Parlimen dan meminta mandat baharu kepada rakyat.

17. Dengan Bajet 2017 boleh dijadikan manifesto, kemenangan Barisan Nasional akan memberi keyakinan baru kepada pelabur mengenai kestabilan politik negara ini. Sehingga satu kerajaan yang stabil dipilih kita mungkin berhadapan dengan situasi yang tidak menentu ini buat sepanjang tahun hadapan.-MYKMU.NET

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana