JANGAN PERCAYA PEMIMPIN PPBM, MEREKA ADA KEPENTINGAN DIRI

Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Hamzah Zainudin mengingatkan rakyat supaya tidak terpengaruh dengan pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang didakwa mempunyai kepentingan diri dalam perjuangan mereka.

Beliau berkata pemimpin PPBM seperti bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad jelas mempunyai agenda peribadi dan tidak ikhlas dalam perjuangan apabila keluar daripada UMNO.

“Kalau (pemimpin) parti baharu itu datang ke kampung untuk menceritakan ia lebih hebat daripada UMNO, jangan percaya,” kata Anggota Parlimen Larut itu kepada pemberita selepas menghadiri majlis Kenduri Kampung di Sekolah Kebangsaan Sri Kurau, Batu Kurau dekat sini, Sabtu.

Beliau berkata UMNO yang ditubuhkan sejak 70 tahun lalu merupakan parti yang sentiasa berusaha memperkasakan dan membela orang Melayu selain berjuang untuk agama dan negara.

Dalam ucapannya pada majlis itu, Hamzah yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan turut mengumumkan peruntukan bagi pembinaan gelanggang futsal, pemasangan paip air dan untuk kumpulan silat di kampung itu, namun tidak menyatakan jumlahnya.


— BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana