Campurtangan asing makin ketara untuk promosi LGBT dan Kristian...Siapa Kah BERSIH Ini?

Atas dasar hak asasi manusia, kebebasan bersuara dan beragama, beberapa pihak dalam negara kita sanggup membuka pintu kepada kuasa asing untuk masuk dan mencampuri urusan dalaman negara.

Ini bukan lagi suatu andaian di dalam buku, sebaliknya telah mula berlaku secara realitinya di Malaysia. Sebagai contoh, bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamed sedang melakukan pengkhianatan terbesar buat negara dengan meminta kuasa-kuasa asing untuk mencampuri urusan dalaman negara kita.

Selain Mahathir, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) pun diakui pernah menerima sejumlah dana khusus dari penyangak ejen Yahudi, George Soros. Malah, portal propembangkang Malaysiakini dan Majlis Peguam juga dikatakan turut menerima dana yang mirip daripada Soros melalui National Endowment for Democracy (NED).

Semua ini berlaku atas dasar kununnya keperluan hak asasi manusia, hak kebebasan bersuara dan beragama, serta lebih menakutkan lagi usaha terselindung Yahudi untuk menjatuhkan Kerajaan Malaysia yang meletakkan agama Islam dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan selaku Agama Persekutuan.

Di Malaysia, Bernard Paul, mewakili pihak gereja membuat gesaan kepada rakyat Malaysia agar turun Bersih 5. Malah Bernard Paul turut turun sama berdemo dalam Bersih 5 pada 19 November lepas.

Ada banner dibawa oleh peserta Bersih 5 bertulis "Powered by Jesus". Ada juga sekeping gambar tersebar memperlihatkan kumpulan Bersih 5 berkumpul di dalam gereja. Mereka berdoa dalam gereja sebelum turun berdemo Bersih 5.

Ini satu gerakan missionari "Gold, Gospel and Glory" yang sulit di negara ini. Sama juga dengan kumpulan LGBT. Mereka secara terbuka membawa bendera dan banner LGBT hadir dalam Bersih 5.

Agenda Lesbian, Gay, Biseksual, Transeksual (LGBT) dan Kristianisasi ini adalah sebahagian syarat yang diberi oleh Soros? Perlu  buat semua ini untuk dapat dana?

Bagi mereka yang ‘mengalu-alukan’ kemasukan kuasa asing melalui campurtangan keatas negara kita seperti Dr Mahathir, mereka mungkin melihat tindakan ini hanya untuk kepentingan politik.

Sebaliknya, bagi kuasa asing berkenaan pula, selain daripada mahu menjatuhkan Agama Islam, mereka turut mencari peluang ini untuk memunggut kekayaan negara kita dan menyebarkan dakwah Kristianisasi mereka.

Menurut Prof Dr. Teh Yik Koon, melalui anggaran yang dibuat sebuah NGO, terdapat 10,000 ‘Mak Nyah’ di Malaysia dimana 50.7 peratus adalah dari bangsa Melayu.

Malah, Kementerian Kesihatan Malaysia pula menganggarkan terdapat 173,000 gay, 50,000 pekerja seks perempuan, 5,000 pekerja seks lelaki dan 5,000 transeksual di Malaysia.

Dipercayai angka ini sekitar tahun 2009. Bayangkan angkanya pada tahun 2016 dan 2017 akan datang?

Mengapa makin bertambah? LGBT ini dipromosikan secara terbuka oleh Maria Chin menerusi Seksualiti Merdeka sejak November 2009 lagi. Malah sebelum itu pejuang hak asasi untuk kumpulan ini adalah anak Mahathir sendiri iaitu Marina, menerusi Sisters In Islam.

LGBT ini semestinya mula menular ke dalam negara kita melalui budaya yang di bawa oleh kuasa Barat khususnya dalam mereka berkempen mengenai kebebasan bersuara dan hak asasi sebagai seorang manusia.

Ia juga dipercepatkan dengan adanya platform seperti media sosial di negara kita.

Bancian yang dilakukan pada awal 2000an mendapati, kira-kira 10 peratus daripada penduduk Malaysia adalah berfahaman Kristian. Dengan Sabah dan Sarawak mencatatkan angka terbesar. Permulaan kemunculan Kristian di negara kita adalah ketika para pedagang mula berdagang di Melaka sebelum penaklukan oleh Portugis pada 1511.

Gerakan Kristianisasi di negara kita mula berkembang apabila tertubuhnya London Missionary Society (LMS) pada 1975 berdasarkan ajaran Bible. Kristianisasi di Malaysia tidak terpisah atau tidak terpencil dari gerakan Kristianisasi sedunia-World Council of Churches dan The Christian Conference of Asia dan beberapa badan lain seumpamanya.

Sebab itulah apabila adanya campurtangan asing ke dalam negara kita seperti mana yang dikehendaki oleh beberapa ‘stakeholder’ dalam pembangkang, ia sekali gus akan membuka ruang yang lebih besar untuk mempromosi LGBT dan Kristianisasi kepada rakyat kita.

Lihat sahaja semasa demonstrasi Bersih 5, bukankah anda boleh mengesan ada unsur-unsur LGBT seperti penggunaan bendera berwarna warni, pergaulan mesra sesama sejenis dan pelbagai lagi.

Juga anda pasti dapat melihat, bagaimana gereja berhampiran Kuala Lumpur dibuka seluas-luasnya untuk demonstran beragama Islam menggunakannya tidak kira sama ada untuk tidur, mandi mahupun solat.

Sesungguhnya, tindakan beberapa pihak dalam pembangkang yang telah meminta campurtangan asing masuk ke dalam urusan negara kita sekali gus telah memberi promosi ‘percuma’ kepada LGBT dan Kristianisasi.

Tolak kumpulan Bersih 5. Agenda mereka sebenarnya tidak bersih dan suci untuk umat Islam. Bersih 5 dan pakatan pembangkang yang diketuai DAP sekarang penuh dengan agenda halus missionari Kristian dan LGBT.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana