SPRM siasat dakwaan pegawai pukul isteri....KEcoh Dalam Media Sosial

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuka kertas siasatan tatatertib terhadap seorang pegawainya yang didakwa memukul isteri, sebagaimana yang tersebar di media sosial baru-baru ini.

SPRM dalam kenyataan semalam berkata ia bersedia memberi kerjasama kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) susulan laporan polis yang dibuat mengenai dakwaan wanita itu.

"SPRM tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan disiplin sekiranya terbukti bersalah," menurut kenyataan agensi itu.

SPRM juga meminta agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan isu ini dan memberi ruang kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan.

Baru-baru ini, akaun laman sosial Facebook menggunakan nama Shahilda Fadhil memuat naik status kisah keganasan rumah tangga yang dialaminya dan mendakwa suaminya yang juga seorang pegawai SPRM sering mendera dan melakukan serangan seksual terhadap dirinya.

Status itu mendapat perhatian netizen yang marah dengan kelakuan melampau yang didakwa dilakukan oleh suami wanita terbabit.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana