Senarai Hitam Syarikat Sokong, Taja Bersih - Rahman Dahlan

KUALA LUMPUR: Mana-mana syarikat yang menerima kontrak kerajaan tetapi menaja dan menyokong perhimpunan Bersih untuk menggulingkan kerajaan akan disenarai hitam, demikian amaran yang dilontarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan.
Menerusi kenyataan dalam laman Twitter, Abdul Rahman berkata, beliau akan mengarahkan Unit Perancangan Ekonomi dan Unit Kerjasama Awam Swasta untuk mengkaji latar belakang syarikat yang terlibat.
"Syarikat yang didapati menyokong perhimpunan haram akan disenarai hitam serta-merta.
"Saya pasti banyak lagi syarikat lain yang boleh memberi syarat sama atau lebih baik, sekali gus layak diberi peluang," kata beliau.
Rahman berkata demikian merujuk kepada artikel Awang Selamat yang disiarkan dalam akhbar Mingguan Malaysia.
Dalam artikel itu, Awang mendakwa terdapat syarikat dan usahawan yang menerima kontrak kerajaan menyokong perhimpunan Bersih.
"Syarikat pro-Bersih perlu disenarai hitam, sebagai mana dilakukan oleh pembangkang di negeri masing-masing yang dengan melabel kumpulan ini sebagai musuh kerajaan negeri," jelas Awang.
Selain itu, Awang mendakwa keuntungan yang diperoleh oleh syarikat terbabit digunakan untuk menaja pergerakan Bersih, kumpulan yang mahu menumbangkan kerajaan secara tidak demokratik.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana