RUPANYA DS HUSNI LEBIH BERPENGETAHUAN DARI TS MUHYIDIN YASIN:

DS Husni sekurang kurangnya bertanya soalan di parlimen dgn fakta yang betul, tinggal lagi beliau terlupa yg beliau sendiri telah pun menjawab soalan tersebut setahun lebih awal.

Namun TS Muhyiddin berbeza.Beliau telah berucap di parlimen seolah olah beliau tidak tahu membaca apa apa lapuran ATAU megira sebarang angka dan menyampaikan ucapan sulongnya di saf pembangkang DENGAN SECARA NYATA MEMBOHONGI PARLIMEN.

Sama ada beliau sememangnya tidak tahu apa apa hal ekonomi dan pentadbiran semasa menjawat jawatan TPM atau ia mungkin satu bukti pemikirannya kusut TANPA HIDAYAH, sejak keterlibatan nya dalam konspirasi MERAMPAS JAWATAN PM dari DSN yg kini terbukti gagal.

1.Beliau menyebut hutang 1MDB RM53b,sedangkan hutang semasa 1MDB adalah RM20b..Dan kesemua hutang tersebut adalah hutang jangka pjg YANG TIADA SATU PUN YG SUDAH MATANG..Hingga hari in8 KERAJAAN TIDAK PUN MELAKUAN SEBARANG BAIL OUT dan 1MDB BERUPAYA MENGURUS SENDIRI hutang Perniagaan mereka. Tidak spt yg cuba di takut takutkan oleh sesetengah pihak.

2.TSMY mendakwa berdasarkan "KAJIAN KE ATAS LAPURAN KETUA AUDIT NEGARA",kononnya Negara kerugian antara rm23-40billion akibat kelemahan PENGUATKUASAAN,rasuah dan salah Urus tadbir. Kenapa tidak di sebut kajian mana dan oleh siapa? Kita ingin tahu cara mana menghitungnya? Atau apakah ia sama spt cara PH membuat belanjawan dgn menyatakan dlm bajet mereka 2016 mereka boleh menyelamatkan 10% belanja mengurus dgn membenteras rasuah,dan tiba tiba bajet mereka 2017,angka melonjak menjadi 25% tanpa sebarang asas. Jika itu caranya ternyata TSMY begitu cepat terkena virus jangkitan PH, yg sering berbohong dan yg jelas merendahkan wibawanya sebagai seorang yg pernah berjawatan tinggi.

3.TSMY secara bohong memberitahu Parlimen kononnya beliau berjaya menghalang kabinet dari meluluskan pinjaman RM 3b kpd 1MDB kerana wang itu di perlukan utk membayar faedah dari hutang tanggongan 1MDB. Walhal dari sumber IMDB pinjaman itu adalah utk pembangunan TANAH TRX DAN JANAKUASA JIMAH(Timur). Janakuasa tersebut terpaksa di Jual dgn harga lebih rendah akibat HALANGAN TSMY itu.Kiranya ia di buat PENAMBAHBAIKAN terleih dahulu, 1MDB pastinya beroleh laba yg lebih besar bila ianya di jual. Isunya TSMY sanggup berbohong tentang utk apa pinjaman 3b di pohon dari kjaan spt terdapat dlm kertas kabinet.

4. TSMY juga cuba menyelewengkan Parlimen dgn menyatakan KAJIAN PAKAR meletakkan nilai ringgit sepatutnya berada pada tahap RM3.50 bagi USD1.00. Nilai ringgit kini lebih rendah kerana sentimen negative berpunca dari 1MDB.
Pakar mana yg membuat andaian sedemikian? Jika benar, mengapa pada awal Januari 2015 sebelum isu 1MDB meletup Nilai ringgit waktu itu sudah berada pada Paras 3.51? Rupanya TSMY langsung tidak mempunyai pengetahuan tentang punca utama pengukuhan nilai matawang Amerika berbanding matawang lain d dunia. Beliau tidak tahu bagaimana KENAIKAN KADAR FAEDAH oleh bank pusat US sebenarnya memberi impak pada nilai greenback (dollar Amerika).

5. TSMY juga membuat dakwaan kononnya matawang kita lemah dan terdedah pada serangan dan kononnya 1997 kita punya REZAB yg kukuh. Ternyata TSMY telah lupa segala angka dlm ingatan dek amarahnya. Beliau lupa rezab Negara pada 1997 hanya USD20b berbanding sekarang hampir 5 kali lebih tinggi.

Ternyata TSMY sudah bertukar menjadi seorang pembangkang lebih rendah standardnya daripada POKOK SENA Atau SHAH ALAM..

Parlimen kini melihat bagaimana PAGOH TIDAK LAGI PAGOH...

Patutlah apabila saya berdiri memohon laluan utk berdebat dgn nya ketika beliau berucap di Parlimen beliau menolaknya. TERNYATA BELIAU MEMILIH UTK BERMONOLOG SEORANG DIRI, khuatir fakta ucapannya di sanggah tanpa beliau berupaya mempertahankannya.

TAN SRI ANNUAR MUSA
AHLI PARLIMEN KETEREH

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana