PM mahu tangan-tangan kotor henti sabotaj ekonomi negara

 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu musuh-musuh luar dan tangan-tangan kotor dalam negara yang tidak bertanggungjawab melakukan sabotaj ekonomi terhadap negara ini menghentikannya.

Tindakan itu katanya ibarat meruntuhkan rumah serta tanah air sendiri.

Dalam ucapan ketika membentangkan Bajet 2017 di Dewan Rakyat petang Khamis, Najib berkata kerajaan sedar tentang desas desus bahawa para pelabur sekarang kononnya tidak lagi berkeyakinan dengan ekonomi Malaysia.

Katanya, ekonomi negara berkait rapat dengan persepsi, sebabnya tanpa keyakinan mana mungkin datangnya pelaburan untuk ekonomi digerakkan.

“But if our own people undermine and sabotage our own economy, ibaratnya merudumkan rumah dan tanah air kita sendiri.

Perbuatan durjana oleh musuh-musuh luar apatah lagi tangan-tangan kotor dalam negara yang tidak bertanggungjawab seperti ini mesti dihentikan,” tegasnya.

Dalam Bajet 2017 yang dibentangkan hari ini, kerajaan memperuntukkan RM260.8 bilion menyaksikan meningkat 3.4% daripada pengubahsuaian Bajet 2016.

Daripada jumlah itu, RM214.8 bilion adalah perbelanjaan Mengurus dan RM46 bilion pula untuk Perbelanjaan Pembangunan, tidak termasuk simpanan luar jangka RM2 bilion.

Bagi peruntukan Pembangunan, sektor ekonomi menerima agihan tertinggi berjumlah RM25.9 bilion, sosial (RM12.2b), keselamatan (RM5.3b) dan  pntadbiran am lebih RM2.5 bilion.

Menurut Najib yang juga Menteri Kewangan, kerajaan Barisan Nasional telah berjaya pertahan dan kekalkan pertumbuhan KDNK padad purata 6% setahun selama hampir 60 tahun berturut-turut.

“Sasaran kerajaan adalah untuk defisit fiskal adalah 3% drpd KDNK pd 2017 berbanding 3.1 peratus pada tahun ini,” katanya.

Tegas beliau, kerajaan sentiasa komited untuk laksanakan bajet terbaik melalui perbelanjaan berhemah sekalipun berhadapan ketidaktentuan ekonomi dunia.

Malah katanya, keadaan ekonomi global tidak menentu adalah diluar kawalan kerajaan begitu juga pertumbuhan perlahan kerana kelembapan Kuasa2 Besar Ekonomi Dunia secara serentak.

“Kejatuhan harga minyak menyebabkan kerajaan hilang pendapatan RM30 bilion daripada cukai pendapatan, cukai korporat, royalti, dividen PETRONAS dan cukai petroleum,” jelas beliau.

Tambahnya, dengan pelaksanaan GST, kerajaan berupaya menampung perbelanjaan ketika sumber yang lain berkurangan.

“Ingin saya tegaskan, jangan percaya gembar-gembur bahawa kadar GST akan dinaikkan. Itu cuma cakap-cakap kosong dan tidak benar sama sekali,” kata Najib lagi.

Tegas Perdana Menteri, istilah muflis atau bankrap  jauh sekali daripada kamus ekonomi Malaysia.

“Salah faham dan salah persepsi mengatakan  bahawa Malaysia is a Failed State, atau negara yang gagal hanyalah fitnah semata.

“Ia terjadi seandainya negara itu gagal melaksanakan sebahagian besar tanggungjawab dan fungsi asas kerajaan,” jelas Najib.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana