Pembangkang sengaja cipta populariti murahan bangkit isu DOJ - Penganalisis

SHAH ALAM: Pembangkang sengaja mencari populariti murahan dengan mengadakan protes terhadap Bajet 2017 semalam, apatah lagi pembentangan itu disiarkan secara langsung.

Menurut penganalisis politik, Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani, pembangkang masih boleh menggunakan saluran lain sekalipun tidak bersetuju dengan unjuran kerajaan untuk tahun hadapan.

"Tidak kisah kalau mereka tidak puas hati dengan PM, tetapi sepatutnya pembentangan semalam mereka kena bersama-sama. Kita nak dengar tentang Bajet 2017.

"Kemungkinan ada niat mereka buat tindakan itu sebagai protes sebab pembentangan itu dilakukan secara langsung, semua orang boleh tonton. Pada saya, tindakan sebegitu tidak sepatutnya berlaku," katanya kepada Antarapos, hari ini.

Azizuddin diminta mengulas tindakan protes yang dilakukan kesemua ahli parlimen Pakatan Harapan (PH) dan seorang daripada PAS dengan bertindak keluar dari Dewan Rakyat ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membentangkan Bajet 2017.

Kesemua mereka cuba 'mengalihkan' isu pembentangan, dengan mengaitkan siasatan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) berkenaan urus tadbir kewangan beberapa usahawan tertentu yang didakwa mencemari sistem ekonomi negara negara tersebut, sekaligus mencari siapakah individu di sebalik 'Malaysia Official One' (MO1).

"Sidang semalam sepatutnya khusus untuk Bajet 2017. Tidak perlu bawa agenda tersebut. Namun dalam perdebatan nanti, dan hendak selitkan perbincangan isu itu boleh dilakukan, tiada masalah. Cuma Speaker akan menggunakan prerogatifnya untuk membenarkan perbincangn berkenaan atau tidak," demikian ujar Azizuddin dalam mengulas tindakan pembangkang itu.

Rata-rata ahli parlimen Umno-Barisan Nasional (BN) menyelar tindakan protes pembangkang itu dengan menyifatkan sebagai biadap.

Sementara itu, PAS mengambil pendekatan berbeza berbanding rakan-rakan pembangkang yang lain apabila kesemua wakil rakyatnya kekal di kerusi masing-masing ketika Najib melakukan pembentangan.

Bagaimanapun Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar sahaja yang dilihat bersama kumpulan ahli parlimen PH yang lain.

Turut mengambil pendekatan yang sama adalah Ahli Parlimen Sempoerna, Datuk Seri Shafie Apdal yang kini menerajui Parti Warisan yang mengambil pendirian mahu mendengar keseluruhan pembentangan itu sebelum mengambil bahagian dalam perbahasan minggu hadapan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana