Pekeliling ‘Pesakit Bayar Penuh’ : Antara Kisah Viral Dan Langkah Bijak Kerajaan

Dua tiga hari lepas viral di laman media sosial berkaitan pelaksanaaan Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh (FPP) yang dikatakan akan menjejaskan kemudahan hanya bayar RM1 untuk rakyat Malaysia dalam mendapatkan rawatan.

Difahamkan penyebaran berkenaan maklumat itu dibuat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan mahu mewujudkan kegusaran rakyat tambahan pula Bajet 2017 sudah dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Jumaat lepas.

Rasa curiga dan tidak puas hati rakyat dikatakan muncul kerana tidak faham akan istilah FPP itu sendiri.

Seorang doktor ada membuat penjelasan di media sosial Facebook berkenaan perkara itu dan menurutnya ialah pesakit yang membayar kos penuh rawatan atau pembedahan sama seperti di hospital swasta di hospital awam.

Portal pru14.tv ada bertemu dengan seorang doktor perubatan di sebuah hospital di Pahang untuk mendapat penjelasan ini.

Menurutnya, orang ramai perlu faham bahawa sistem asal iaitu bayaran RM1 tidak pernah dimansuhkan atau diberhentikan kerajaan sebaliknya berjalan seperti biasa dan ia tidak menjejaskan rakyat Malaysia.

Perkhidmatan FPP itu pula sebenarnya bukannya satu perkara yang baru dan bukannya tidak pernah dilaksanakan sebaliknya ia sudah ada sejak 2007 lagi.

“Ini adalah langkah diambil oleh kerajaan untuk mengatasi masalah kekurangan pakar di hospital kerajaan kerana ramai di antara mereka berhijrah ke hospital swasta dek kerana pendapatan yang tidak besar termasuk dengan perkhidmatan rawatan RM1 itu.

“Dengan FPP, para doktor akan beroleh pendapatan lebihan kerana pesakit membayar jumlah penuh kos rawatan, dan doktor di hospital kerajaan boleh merasa juga bayaran lebih seperti doktor di hospital swasta,” katanya yang enggan namanya disiarkan.

Sebelum ini, ramai orang yang merungut mengkritik rawatan lambat dan doktor tidak cukup di hospital awam.

Penyebab utamanya ialah jumlah pesakit yang begitu ramai kerana mahu mendapatkan perkhidmatan yang murah.

Menurut seorang doktor Pakar Ortopedik pula, rakyat tidak seharusnya menyalahkan para doktor kerana jika mereka di tempat doktor berkenaan mendapat bayaran yang rendah pasti akan berhijrah ke hospital swasta jika mendapat tawaran.

“Beban kerja di hospital awam adalah tinggi. Selain tugas merawat anda, doktor-doktor pakar (Gred UD52/54/JUSA C/B/A) ini terpaksa melakukan tugas pentadbiran juga termasuk mesyuarat, tugas meningkatkan kualiti dan melakukan kajian bagi menambahbaik perkhidmatan kepada anda dan mengharumkan nama hospital, kementerian dan negara.

“Ini belum lagi saya sebut mengenai mengetuai pelbagai jawatankuasa dan tugasan menjaga doktor pelatih di hospital awam,” kata doktor berkenaan di media sosial Facebook. – pru14.tv

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana