Muhyiddin: Sudah gaharu, cendana pula...Oraang Yang KEcewa

Pada bulan Mac lalu, satu rakaman audio mengandungi suara Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengakui mengetahui siapa yang terlibat dalam konspirasi menggulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, telah tersebar luas.

Dalam rakaman audio itu, beliau yang ketika itu masih menjadi Timbalan Perdana Menteri berulangkali menafikan pembabitannya dalam konspirasi terbabit dan menyatakan beliau bukannya seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang bangun memberontak tatkala disingkirkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dulu.

``Tidak, saya bukan sebahagian daripada ini'' katanya ketika menafikan terlibat dalam komplot berkenaan.

Dan dalam rakaman itu juga, Muhyiddin memberitahu sejak menjadi Timbalan Perdana Menteri pada 2009, beliau tidak pernah bersuara mengenai dana khas.

Ini kerana katanya, beliau tahu bahawa dana khas itu diuruskan oleh presiden parti sendiri.

Kini rakaman audio itu, yang dikatakan dirakam dalam mesyuarat Majlis Tertinggi kembali tersebar dan ada baiknya pun ia disebarkan bagi mendedahkan siapa sebenarnya Muhyiddin Yassin ini iaitu individu yang tidak setia kepada parti dan kerajaan.

Segala tembelang beliau telah pecah dan kita dapat melihat bagaimana beliau sanggup menjilat ludahnya apabila berbaik dengan Anwar hingga ke tahap sanggup melawat Anwar di dalam mahkamah dengan alasan, memberikan sokongan.

Walaupun ketika Muhyiddin digugurkan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan dipecat daripada jawatan Timbalan Presiden UMNO telah mencetuskan kekecohan ketika itu, namun nasib baik Perdana Menteri mengambil tindakan sedemikian rupa.

Bayangkan jika orang seperti ini, yang `cakap tidak serupa bikin' dibiarkan dalam Kabinet dan UMNO, apa akan berlaku kepada negara ini.

Memang beliau  `cakap tidak serupa bikin'. Dalam rakaman audio berkenaan, Muhyiddin dengan jelas menyatakan bahawa beliau mengetahui mengenai dana khas iaitu derma sebanyak RM2.6 bilion itu.

``Saya jadi TPM 2009 sampai sekarang, tidak pernah bersuara dana khas sebab saya tahu dana khas diuruskan oleh presiden sendiri,'' katanya dalam rakaman berkenaan.

Tetapi malangnya, isu RM2.6 bilion inilah yang dimainkannya berulang kali umpama radio buruk, yang jika disimpan hanya menyemakkan rumah semata-mata, jadi eloklah dibuang sahaja.

Beliau sebenarnya tahu mengenai dana khas terbabit tetapi bagi memastikan imej Perdana Menteri menjadi buruk, maka Muhyiddin telah mencanang dan menjaja keburukan Najib dengan mengaitkan beliau dalam isu derma tersebut. Hakikatnya kita tahu bahawa siasatan yang dijalankan menjelaskan bahawa Najib adalah bersih.

Lebih malang apabila Muhyiddin sanggup membuat pusingan 360 darjah dan bersekongkol dengan pembangkang termasuk Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim, iaitu antara pemimpin pembangkang yang pernah dikecamnya ketika beliau masih berada di dalam kerajaan,

Selama ini Kit Siang dan DAP serta PKR menjadi `peluru' kepada Muhyiddin untuk mendapatkan sokongan orang Melayu tetapi kini beliau menjadikan mereka itu sebagai rakan malah turut sama keluar dari Parlimen ketika Perdana Menteri membentangkan bajet 2017, minggu lepas.

Melalui pendedahan demi pendedahan ini, meskipun terpaksa menyelongkar semula cerita lama mengenai Muhyiddin, maka ambillah peluang ini untuk menilai siapakah Muhyiddin ini. Janganlah menyokongnya membabi buta tanpa melihat kepada sejarah silamnya.

Apa yang pasti, masa depan politik Muhyiddin kini bergantung kepada Anwar, yang kini telah berbaik semula dengan Tun Mahathir.

Muhyiddin ibarat sudah tahu bertanya pula. Samalah perangainya dengan Husni. Sudah menjawab bertanya pula.

Perangai sudah gaharu cendana pula ini perlu dielak oleh orang parti, masyarakat dan rakyat. Mereka sedang mempertikai perkara yang sebenarnya mereka dah tahu.

Apa sebabnya mereka terus pertikai? Sebab mahu kuasa, dendam dan perasaan tidak puas hati.

Atas alasan ini mereka sanggup buat apa sahaja meskipun berkawan dengan bapa rasis untuk mencapai matlamat politik itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana