Mahathir atur pembangkang keluar dewan masa pembentangan Bajet....Bagi Ajer Amaran Keras

Tindakan biadap ahli parlimen pembangkang yang memboikot pembentangan Bajet 2017 di Dewan Rakyat, Jumaat lalu, dipercayai sudah diatur Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mendedahkan perkara itu, Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa, berkata tindakan terbabit dipercayai bertujuan mencemarkan nama baik Parlimen Malaysia di mata dunia, selain memalukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Tindakan itu (keluar dewan) adalah strategi diatur Dr Mahathir untuk menunjukkan sikap tidak hormat mereka (kepada Parlimen) dan menanam kebencian terhadap pemimpin.
"Ia jelas melanggar norma dan adab dalam Parlimen, sekali gus menunjukkan seseorang bergelar Yang Berhormat melakukan perangai tidak bersesuaian dengan status sebagai ahli dewan yang mulia.

"Mereka hina Perdana Menteri dan mahu menanam kebencian kerana dengan cara itu mereka berharap rakyat akan bangkit dengan menggerakkan politik jalanan yang melanggar undang-undang," katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Ketereh ditemui selepas menyampaikan ceramah pada Program Pemimpin Bersama Akar Umbi, yang turut dihadiri Ketua Menteri Melaka merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Idris Haron, di Seri Bendahara, di sini, lewat malam tadi.

Jumaat lalu, hampir semua ahli parlimen pembangkang keluar Dewan Rakyat sebelum Bajet 2017 habis dibentangkan Perdana Menteri.

Tindakan itu bagaimanapun tidak disertai Ahli Parlimen PAS kecuali Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang mendakwa ia mewakili kapasiti peribadi, bukan parti.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana