Lebih 3,000 hadir Persidangan Perwakilan UMNO Semporna...Alhamdulilah UMNO Tetap Dihati Rakyat

SEMPORNA 22 Okt. - Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Semporna yang berlangsung hari ini dihadiri lebih 3,000 para pewakilan dan ahli UMNO bahagian itu.

Kehadiran itu sekali gus menyangkal dakwaan UMNO bahagian itu bermasalah dan terkubur ekoran tindakan bekas Ketua Bahagian, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal beralih arah dan tidak lagi bersama parti.

Suasana sesak dan penuh Dewan Masyarakat Semporna itu juga membuktikan sokongan ahli akar umbi kepada parti keramat Melayu itu masih kuat dan utuh.

Malah, ini merupakan sejarah pertama apabila persidangan perwakilan UMNO bahagian itu bersidang tanpa Mohd. Shafie sejak 25 tahun.

Perasmian persidangan perwakilan yang bermula tepat pukul  yang dirasmikan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Yang turut hadir, Setiausaha Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Yahya Hussin; bekas Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Sakaran Dandai serta Pemangku Ketua UMNO Bahagian Semporna, Datuk Seri Nasir Tun Sakaran.

Sebelum perasmian, Hishammuddin berkesempatan menyaksikan upacara menaikkan bendera UMNO di pekarangan dewan dengan diiringi lagu keramat Melayu UMNO.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana